Berkenalan Di Muka Buku? 5 Cara Untuk Memastikan Anda Selamat Ketika Bertemu Dengan Teman Sosial Media.

 

Adakah mereka boleh dipercayai? Adakah mereka dari golongan orang yang baik-baik? Jadi, jom baca 5 cara untuk anda memastikan bahawa si dia itu adalah orang yang selamat untuk anda bertemu di luar!

1. Menjadi stalker terhebat.

Sebelum bertemu dengan si dia, perkara yang paling utama untuk berkenalan dengan seseorang adalah menelek gambar mereka. Dan jangan lupa kongsikan gambar si dia dengan sahabat. Zaman teknologi yang semakin canggih sekarang, anda boleh tahu jika mereka menggunakan gambar palsu atau pun tidak. Hanya google! Tetapi pastikan mereka memberi gambar, wajah mereka tepat memandang ke depan, okay!



2. Cara berbual dan bahan bualan.

Anda dengan si dia, kerap membalas mesej dan whatsapp, malah menghubungi terus kerana untuk mendengar suara.  Dengan cara ini pun sudah dapat mengetahui jika si dia berniat tidak baik atau pun sebaliknya. Pastikan si dia tidak pernah cuba mengambil kesempatan ke atas anda seperti melontarkan kata-kata kesat, lucah dan menjengkelkan. Malah mereka juga tidak membuka aib mereka sendiri.

3. Pastikan bertemu di tempat awam.

Semakin lama anda menghubungi si dia, anda tertanya-tanya bagaimana jika berdiri bersebelahan dengan si dia? Adakah anda berdua akan ada chemistry atau magnet? Maka, anda berdua merancang untuk berjumpa. Tetapi pastikan tempat itu adalah di tempat orang ramai, jika si dia mendesak untuk berjumpa di tempat yang mencurigakan, lebih elok anda berhenti setakat itu sahaja, dan terus menjual mahal!



4. Pastikan kongsi bersama sahabat dan ibu bapa.

Apabila bertemu dengan orang asing, insan yang rapat dengan anda sudah pasti akan risau. Jadi, pastikan setiap lokasi, anda kongsi kan pada insan-insan penting dalam hidup anda! Malah, gambar anda ketika bertemu dengan si dia juga anda perlu beri kepada mereka. Jika anda berasa segan dengan ibu bapa, kerana terlalu awal untuk memberitahu tentang teman, tetapi sekurang-kurangnya kongsi dengan sahabat yang mengenali ahli keluarga anda.

5. Parking Hour.

Jika anda memandu kereta berseorangan, pastikan anda berjumpa di tempat awam supaya anda boleh park kereta yang mempunyai sistem mengikut per hour bukan per entry. Pastikan anda parking untuk satu jam, dan memberitahu si dia bahawa anda hanya bajet parking untuk satu jam sahaja. Jika masih ingin bertemu, rancang temu janji pada hari, waktu dan masa yang lain. Jika si dia penyabar dan masih menghubungi anda selepas temu janji itu, anda mungkin bernasib baik!

Jangan lupa ikuti Baituljannah.com untuk memulakan perkenalan dengan lebih selamat!



 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,620 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen