5 Kelakuan Lelaki Yang Membuat Wanita ‘Insecure’.

 

Seorang lelaki ini kadang kala gemar menyakiti pasangannya dengan tingkah lakunya yang selalu tidak disengajakan. Mereka ini juga dikatakan kurang memberi perhatian terhadap hati wanita. Jadi buat seorang lelaki sila ambil kira dan sensitif terhadap perasaan pasangan anda. Jangan membiarkan mereka menunjukkan rasa ragu-ragu mereka terhadap anda. Cuba anda melayani dan sentiasa mengambil tahu akan perasaan serta buatan yang tidak disenanginya. Ini adalah lima perkara yang membuat pasangan anda ‘insecure terhadap diri anda.



1. Sembunyikan telefon bimbit.

Ini adalah kelakuan biasa yang seorang lelaki buat terhadap pasangannya. Walaupun anda tidak menjalinkan hubungan dengan orang lain tapi kelakuan anda menyembunyikan telefon bimbit itu akan membuat pasangan anda ragu terhadap anda. Pasangan anda akan mula merasa ada berlaku kecurangan di belakangnya.

2. Tidak menaip panjang untuk menjawab teks.

Jika dahulu ketika awal percintaan anda akan membalas setiap teks nya dengan penuh teliti dan disertakan emoji yang mencuit hati. Tapi kini anda hanya membalas teksnya dengan begitu pendek dan ringkas. Sebagai contoh, okay, boleh dan yela. Setiap teks yang dihantarnya itu hanya akan dibalas begitu, ia akan membuat pasangan anda mula berasa was-was terhadap anda.

3. Mesra dengan wanita lain di media sosial.

Bermesra dengan wanita lain di media sosial adalah satu perkara yang sangat sensitif bagi seorang wanita. Jadi apa perasaan mereka jika lihat anda bermesra dengan wanita lain? Pasti akan timbul rasa ragu-ragu dan sedikit kecewa. Cuba anda bataskan pergaulan anda bersama rakan-rakan wanita anda demi menjaga hati pasangan anda.

4. Gemar mencari kenalan wanita.

Apabila sudah mempunyai pasangan, istilah hanya berkawan sahaja sudah tidak wujud terutama bagi yang berlawanan jenis ini. Apabila anda kerap dan gemar mencari kenalan wanita ini bermakna anda tidak mahu mempunyai hubungan yang serius terhadap pasangan anda. Walaupun anda sebenarnya hanya suka berkawan sahaja.

5. Kurang berkongsi.

Apa yang menambah keraguan lagi apabila anda ini kurang berkongsi dengan pasangan anda. Di mana anda pergi dan apa tujuan juga anda tidak kongsi dengannya. Ini akan menambahkan lagi rasa ragu-ragu pasangan terhadap anda. Mereka mungkin akan fikir anda berlaku curang di belakangnya.

Apa yang dapat disimpulkan ialah, demi kesejahteraan hubungan anda, adalah lebih elok elakkan diri daripada membuat pasangan anda ragu terhadap anda. Anda harus memikirkan sebanyak boleh sebelum melakukan sesuatu perbuatan bagi mengelakkan hati pasangan anda disakiti.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 406,670 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen