Punca Berat Badan Naik Setelah Bernikah Dan Cara Mudah Mengatasinya.

 

Sebelum berumah tangga, kebanyakan pasangan sangat menjaga pemakanan dan mengamalkan cara hidup yang sihat. Tapi setelah bergelar suami atau isteri, berat badan naik dengan mendadak tanpa diduga. Apa puncanya? Ikuti penjelasan ini.



1. Aktiviti makan bersama.

Makan adalah sesuatu yang menyeronokkan, lebih-lebih lagi bila makan bersama orang yang tersayang. Dinner sana, dinner sini. Masak itu, masak ini. Akhirnya, berat semakin naik. Jika kita makan secara berlebihan, maka ia juga akan menyebabkan kolestrol di dalam badan menjadi berlebihan. Jadi, hadkan pemakanan diluar anda dan pasangan. Jika mahu masak, masak makanan yang tidak mengandungi kolestrol yang terlalu tinggi.

2. Sudah mempunyai pasangan.

Mindset ini perlu diubah dari sekarang. Cantik di hadapan pasangan adalah cara terbaik memikat hati mereka. Memperelokkan diri di hadapan pasangan juga mendapat pahala. Oleh itu, kenapa kita tidak mengambil peluang ini untuk menjaga berat badan. Tidak kiralah lelaki mahupun wanita. Ada baiknya anda dan pasangan mencari waktu lapang untuk bersenam sekali sekala. Seronok juga lakukan aktiviti bersama. Malah, lebih bersemagat lagi untuk berusaha mengurangkan berat badan.

3. Mengandung.

Ini cabaran terbesar untuk para ibu. Mana tidaknya, jika berat badan kurang, kena marah pula dengan nurse. Maka, makan jugalah si ibu ni. Bila bersalin, anak memerlukan susu yang banyak, jadi dengan makan ia dapat menambahkan susu. Apa jadi? Berat lagi bertambah. Apapun, tidaklah boleh kita salahkan anak tu. Dia kan pembawa rezeki. Selepas bersalin, maintain semula berat berat. Targetkan berapa yang anda mahukan dalam tempoh masa tertentu. Jika konsisten untuk jaga pemakanan dan mengamalkan cara hidup yang sihat, maka ia akan berkesan.

Dinasihatkan agar kita sentiasa minum air kosong dengan banyak. Sesuaikan dengan berat badan anda. Sekiranya anda tidak biasa minum air kosong, mulakan minum secara sedikit, kemudian tambah kuantiti tersebut masa ke semasa. Nak syok, minum air kosong yang sejuk. Mudah sikit nak teguk. Hilang segala dahaga. Wohoo!


Apapun, kurangkan pengambilan gula dan garam, bahaya tu. Gula juga tak elok untuk kesihatan. Makanya, kurangkan. Jika ni tak mampu untuk dilakukan, payahlah nak maintain berat badan tu. Pilihan berada ditangan anda. Jom kurus! hehehe


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,752 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen