Hati-hati Dengan Hati.

 

Semua orang mempunyai hati atau dikenali juga dengan perasaan. Perasaan kita tidak boleh diberikan kepada orang yang salah. Yang perlu diberi keutamaan dalam memberi hati adalah, memberikan hati kepada Allah terlebih dahulu. Bersujudlah kepada Allah agar diberikan hati yang bersih, mohon juga kepada-Nya supaya kita diberikan seorang manusia yang mempunyai hati yang mengingati Allah.



Hati-hati dengan hati. Melihat kepada situasi hari ini, apabila seseorang tersalah memberi hati kepada orang yang tidak sepatutnya, maka berlakulah pelbagai kes. Zina itu ibarat perkara biasa. Padahal itu adalah dosa berat yang diketahui umum. Tetapi kenapa masih lagi ramai yang melakukannya?

Berikanlah hati kepada orang yang selayaknya. Siapa? Iaitu pasangan hidup kita kelak. Suami atau isteri. Simpanlah hati kita itu elok-elok agar nanti dapat kita berikan kepada si dia dengan sepenuh hati. Saat kita menyerahkan terlalu awal kepada si dia sebelum mempunyai ikatan yang sah, jangan menyesal kelak kita akan sakit hati. Jika sebelum berkahwin anda telah melakukan dosa bersama pasangan, kemungkinan juga setelah bernikah anda atau pasangan akan berbuat dosa dengan orang lain. Melainkan keduanya telah bertaubat kepada Allah.


Lupakah kita akan akan hadis Rasulullah s.a.w yang menyatakan, “sesungguhnya dalam jasad kita mempunyai segumpal darah. Jika ia baik, maka baiklah seluruh anggota jasad. Jika buruk, buruk jugalah seluruh jasad.” Apa segumpal darah tersebut? Ia adalah hati.

Hati amat memberikan impak kepada perilaku kita. Jika ia dalam keadaan baik, maka kita akan takut untuk melakukan dosa. Untuk mengetahui apa yang kita lakukan itu apakah ia dosa mahupun tidak, rasakan pada hati. Jika kita merasa tidak tenang, resah dan gelisah. Maka itu petanda kita sedang melakukan dosa. Seterusnya, jika kita takut sekiranya diketahui oleh orang lain.


Jika sudah terjebak, bertaubatlah kepada Allah. Dia akan sentiasa memaafkan hamba-Nya walau sebesar mana dosa yang dilakukan. Jika kita selangkah menuju Allah, seribu langkah Dia akan menuju kita. Maka, usah bersedih. Kembalilah kepada-Nya. Berdoalah agar diberikan pasangan hidup yang baik. Baik untuk dunia dan akhirat.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,519 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen