Keluarga 'Osem' Dibina Dari Zaman Bujang.

 

Siapa yang tidak mahu menjadi keluarga hebat. Sudah tentunya untuk membina impian tersebut, perlukan anjakan paradigma dari seorang individu. Siapa? Anda? Ya! Sebetulnya anjakan itu perlulah bermula daripada anda sendiri. Sama ada anda seorang wanita mahupun lelaki. Antara yang perlu diusahakan bagi membina keluarga yang hebat adalah:



1. Diri.

Di waktu bujang, carilah ilmu yang bermanfaat sebanyak mungkin. Jika anda minat akan sesuatu bidang, kuasai dengan lebih mendalam. Ilmu agama sudah semestinya menjadi keutamaan dalam membina keluarga hebat. Jika akademik sahaja yang mantap, tapi akhlak ke laut, tiada guna. Akan banyak kes-kes salah laku dalam keluarga kelak. Anda pun pening kan mengurus keluarga begini.

2. Pasangan.

Pilihlah pasangan yang elok. Apapun, ingat. Pasangan mencerminkan diri anda. Jika anda mempunyai karekter yang hebat, insyaAllah pasangan anda juga adalah seorang yang hebat. Letakkan agama sebagai elemen terpenting dalam memilih pasangan. Apabila diri dan pasangan mampu menjaga agama, mudah-mudahan dia mampu membantu anda dalam membina keluarga hebat.

3. Persekitaran.

Jika anda mahu ketahui bagaimana anak-anak anda kelak, lihatlah diri anda lima sebelum berkahwin. Sekiranya baik, baik jugalah anak-anak nanti. Jika tidak mahu mereka rosak, maka perbaikilah diri bermula sekarang sebelum anda membina rumah tangga. Carilah pengajian-pengajian agama, berkumpul dengan orang baik serta ajak juga sahabat-sahabat anda ke arah kebaikan.



Apabila tiga-tiga ini anda telah dapatkan sebelum berkahwin, usaha ke menuju keluarga hebat akan semakin mudah. Teruskan lagi usaha tersebut dengan mendidik anak-anak dengan cara yang betul dan berkesan. Anda akan lihat hasilnya nanti. Good luck!


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,882 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen