Empat Tanda Anda Berada Dalam Perhubungan Yang Tidak Bahagia.

 

Makin lama kita kenal seseorang itu makin banyak kekurangan yang kita akan lihat. Semuanya akan bergantung pada diri sendiri sama anda mahu meneruskan perhubungan tersebut ataupun tidak. Tapi kadang kekurangan itu datang dari kita. Kita yang tidak pandai mencorakkan perhubungan itu ke arah yang lebih baik. Orang lihat hubungan kita ini bahagia sentiasa tapi kita yang merasai ini sudah rasa tidak bahagia. Tapi diri sendiri masih tidak tahu bagaimana perhubungan tersebut sudah tidak bahagia.



1. Tidak bercakap mengenai hubungan.

Setiap pasangan akan berkongsi perancangan yang akan dijadikan impian pada masa akan datang. Tapi bagi anda dan pasangan anda, anda lebih mengelak untuk berbincang atau bercakap mengenai hala tuju hubungan anda. Apa yang lebih dibicarakan adalah hala-hal yang remeh tapi akan hilang tiba-tiba tanpa balasan.

2. Rasa pasangan itu membosankan.

Jika dahulu, setiap hari anda akan menghubunginya. Rasa seronok untuk bercakap dengannya walaupun si dia kurang bercakap. Tapi tiba-tiba anda rasa si dia sangat membosankan. Padahal anda dan pasangan tidak bergaduh. Anda juga rasa tidak selesa untuk berkongsi apa-apa dengannya.

3. Tidak rasa terluka dalam pergaduhan.

Setiap pasangan pasti akan mengalami perselisihan faham. Dan salah seorang pasti akan terluka. Tapi tidak bagi anda. Pergaduhan begitu menyenangkan anda. Setiap kali pergaduhan itu berlaku anda tidak merasa terluka atau kecewa. Malah lebih memilih untuk membiarkan ia berpanjangan.

4. Mula berdikari.

Jika dahulu setiap perkara yang akan dilakukan mesti meminta pasangan untuk menemani. Tapi kini, anda lebih suka berdikari sendiri tanpa menyusahkan pasangan anda. Anda juga sengaja mencari alasan untuk tidak membuat pasangan anda tidak mengikuti anda. Rasa ingin bebas itu sangat tinggi dalam hidup anda.

Jika anda mengalami tanda-tanda seperti ini, eloklah anda memikirkan semula dan mempertimbangkan keputusan anda. Jangan biarkan hubungan itu terus begitu. Nanti antara anda dan pasangan akan ada yang terluka. Jadi membuat keputusan yang terbaik dalam hidup agar tidak menyesal nanti.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,710 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen