5 Tanda Anda Melebihkan BFF Anda Daripada Pasangan.

 

Jika anda sudah mengenali rakan baik anda melebihi 3 tahun, perhubungan itu akan berkekalan selama-lamanya. Oleh kerana, anda sudah mengenali mereka dari segala aspek, kisah silam, tersirat mahu pun yang tersurat.

Best friend forever (bff) bukan sahaja di gelar sebagai sahabat, tetapi sudah menjadi ahli keluarga tetap anda. Kadang kala anda melebihkan mereka daripada pasangan kerana terlalu selesa dengan mereka.



Jadi, apakah tanda-tanda anda melebihkan bff anda daripada teman lelaki atau wanita anda? Jom baca!

1. Insan pertama untuk di hubungi.

Bff adalah insan pertama terlintas di fikiran untuk di hubungi ketika sesuatu yang buruk berlaku pada anda. Malah nama mereka juga anda telah save sebagai favorite, kerana mudah untuk menghubungi mereka pada bila-bila masa sahaja.

2. Apabila pasangan terlalu menilai dan menghukum.

Anda terlalu selesa dengan bff berbanding dengan pasangan. Segala hal yang terjadi pada anda akan di kongsi pada mereka mahu baik atau pun buruk. Ini kerana bff anda adalah seorang yang tidak menilai sejurus anda memberi pendapat, dan memberi nasihat ketika anda yakin amat memerlukan nasihat ketika itu.



3. Sebagai ahli keluarga.

Selain selesa untuk berkongsi segala rahsia dan masalah, anda juga terlalu selesa untuk lakukan apa sahaja bersama bff. Malah, rumah mereka juga ibarat rumah kedua anda, ibu bapa mereka, ibu bapa anda juga, adik beradik mereka telah menjadi adik beradik angkat anda. Terlalu selesa sehingga apabila masuk ke rumah mereka, anda di sambut seperti ahli keluarga sendiri.

4. Code bahasa badan.

Apabila anda mempunyai masalah dengan pasangan, anda selalu menggunakan code bahasa tertentu supaya si dia tidak menyedari bualan anda dengan bff. Bukan sekadar code bahasa, code mata, code tangan, menjeling-jeling ke arah bff, mengusik telinga jika pasangan membuat sesuatu yang anda tidak suka.

5. Terlalu bercerita tentang bff.

Tidak kira apabila bersama keluarga, rakan lain atau dengan pasangan, bff juga menjadi bahan cerita anda untuk di ceritakan pada orang ramai. Malah anda seperti terlupa bahawa anda mempunyai pasangan untuk di ceritakan. Eh, anda couple dengan bff atau pasangan? Hehe.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 385,539 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen