5 Tanda Si Dia Hanya ‘Bermain’ Dengan Anda.

 

Apabila seseorang jatuh cinta akan kita pasti segala hal mengenai dirinya akan lebih terbuka kepada kita untuk mengetahui siapa dirinya sebenarnya. Tapi apabila dalam perhubungan ini terdapat banyak perkara yang tersembunyi dan kita sebagai pasangannya pun tidak tahu akan dirinya, pasti ada sesuatu yang tidak kena. Kenapa? Sebab dalam perhubungan ini, ia lebih kepada sifat perkongsian. Di mana banyak perkara yang boleh dikongsi oleh sepasang kekasih. Mungkin si dia hanya bermain dengan anda untuk menghilangkan bosannya sahaja. Bagaimana untuk mengenali pasangan seperti ini?



1. Sembunyikan telefon bimbit.

Ini adalah perkara yang perlu dititik berat dan diperhatikan. Seseorang yang sudah mempunyai kekasih akan merasa selesa meletakkan telefon bimbitnya di sebelahnya apabila keluar bersama kekasihnya. Tetapi jika pasangan anda sentiasa meletakkan telefon bimbitnya di poketnya, dan jarang mengeluarkannya. Awas, si dia sedang sembunyikan sesuatu dari anda. Itu tidak termasuk lagi jika ketika bersama anda telefonnya sentiasa dalam keadaan mod senyap. Tak ke mencurigakan itu.

2. Latar belakang yang misteri.

Mungkin si dia yang mengejar cinta anda dahulu. Tapi kini, apabila di dalam perhubungan, si dia seakan-akan cuba untuk tutup latar belakangnya. Apabila anda cuba bertanya mengenai latar belakangnya, si dia mula mengelak. Bila anda ingin berkenalan dengan ahli keluarga atau teman rapatnya pun, si dia sudah mengelak. Anda hanya tahu sedikit sahaja mengenai latar belakangnya.

3. Jarang berbelanja untuk anda.

Apabila dalam percintaan, sepasang kekasih itu akan saling menggunakan wang sendiri untuk membuat pasangannya bahagia. Tapi dalam hubungan anda, hanya anda sahaja yang beria membelanjakan wang anda untuk dirinya. Apabila makan bersama anda juga yang membayar bilnya.

4. Jarang menghubungi anda.

Apabila inginkan memulakan satu perbualan, anda yang akan memulakannya dahulu. Anda juga yang akan menghubunginya dahulu. Apabila dia sedang lakukan apa, katanya sedang sibuk. Sibuk sehingga terlupa untuk menghubungi anda.

5. Mempunyai ramai rakan perempuan.

Ini adalah yang paling ketara, pasangan anda itu mempunyai ramai rakan wanita. Mungkin bagi si dia anda hanya salah seorang rakan wanitanya yang hanya untuk menghilangkan bosan. Apabila ‘kantoi’ dengan anda mengenai hubungannya itu, si dia hanya menyatakan mereka itu semua kawan walhal ia adalah lebih sekadar kawan.

Walaupun anda sudah bersedia untuk ke hubungan yang serius, jangan hanya pejamkan mata sahaja apa yang pasangan anda lakukan. Ia bagi mengelakkan anda menyesal kemudian hari.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,825 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen