Lima Tanda Pasangan Anda Hanya Mengambil Kesempatan Ke Atas Anda.

 

Dalam perhubungan ini kita sendiri tidak tahu akan tujuan pasangan kita. Sama ada dia benar-benar mahu menjalinkan hubungan yang serius ataupun tidak dengan kita. Tapi kadang kala kita sendiri yang tidak perasan dan terleka akan sikapnya itu. Kita juga yang membiarkan diri diperdaya atas kelakuannya itu. Hanya kerana sayang akan dirinya, tapi sampai bila nak biarkan ia berlaku. Mungkin anda sendiri tidak perasan akan tingkah lakunya, jadi lima tanda ini akan membantu anda mengesan perasaannya terhadap anda.



1. Sembunyikan perhubungan.

Apabila anda keluar bersamanya dan terjumpa dengan rakannya, lihat apa yang bakal dikatakan mengenai status anda berdua. Jika si dia hanya menyatakan bahawa anda adalah rakannya. Maka si dia sememangnya tidak mahu hubungan anda dan dirinya diketahui umum. Nanti kalau ramai yang tahu susah pula dia hendak mengambil kesempatan terhadap anda. Selain itu juga, mungkin si dia tidak akan memperkenalkan anda kepada rakan-rakannya. Anda juga tidak pernah berjumpa dengan rakannya. Nak keluar bersama pun sembunyi-sembunyi.



2. Tidak peduli akan emosi dan perasaan anda.

Apabila anda ditimpa kesusahan, si dia tidak akan ada di samping anda. Kalau anda pun, si dia mengharapkan sesuatu dari anda. Tapi apabila memperoleh sesuatu, si dia tidak kisah pun akan emosi dan perasaan anda. Apa yang si dia lakukan hanya untuk memenuhi kepuasan dirinya sahaja. Yang lain semua tidak difikirkannya.



3. Menggunakan wang anda.

Ini adalah kelakuan yang paling ketara. Si dia kerap menggunakan wang anda. Apabila wangnya tidak cukup, anda adalah orang pertama yang dituju. Apabila anda dan si dia keluar bersama, anda juga yang akan mengeluarkan wang untuk membayar semua benda. Banyak perkara yang mengutamakan duit anda berbanding duitnya.



4. Luahkan kata sayang apabila meminta sesuatu.

Situasi ini cukup untuk menyatakan bahawa si dia sememangnya mengambil kesempatan ke atas anda. Si dia hanya akan mengucapkan sayang kepada anda apabila anda tidak mahu menunaikan keinginannya. Tapi apabila dapat apa yang dihajati, kata sayang terus hilang dari mulutnya. Si dia terus tidak mempedulikan anda.



5. Kurang berkomunikasi.

Dalam perhubungan, komunikasi ini mempermainkan peranan penting. Hal ini kerana, banyak perkara yang perlu dikongsi oleh sepasang kekasih. Tapi jika anda jarang berhubung dengannya dan hanya berhubung dengan hal berkaitan wang. Memang tidak syak, pasangan anda hanya mengambil kesempatan terhadap diri anda.

Dalam perhubungan ini, kadang kala kita kena berhati-hati agar tidak menjadi mangsa penipuan. Jangan sampai anda terluka lebih dalam apabila dapat mengetahui si dia hanya mengambil kesempatan terhadap anda. Mula perhatikan tingkahnya jika anda mencurigai dirinya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,954 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen