5 Tanda Teman Baik ‘Crush’ Pada Anda. Adakah Anda Mahu Meneruskan Hubungan Sebagai Sahabat Atau Menerima Cintanya?

 

Adakah anda salah seorang yang mempunyai teman baik daripada berlainan jantina? Adakah anda pasti bahawa si dia tidak akan jatuh hati atau minat pada anda? Teman baik atau dikenali sebagai best friend forever (bff) adalah lumrah biasa yang dapat kita lihat zaman sekarang. Setiap daripada kita pasti mempunyai bff, tetapi berlainan situasi jika bff anda adalah dari jantina yang lain.



Bolehkah mereka meneruskan perhubungan sebagai bff tanpa ada perasaan cinta untuk ke jinjang pelamin? Jadi, jom baca 5 tanda teman baik anda crush pada anda!

1. Si dia terlalu mengambil berat tentang penampilan mereka di hadapan anda.

Selama ini, si dia seperti tidak kisah tentang penampilan, dengan rambut yang kusut masai, jika gadis pula mereka tidak kisah jika tudung mereka tidak bergosok. Tetapi sejak kebelakangan ini, pakaian mereka menjadi lebih kemas, tidak lagi adanya bau badan atau pun bau mulut. Ini kerana mereka mahu membuat anda menjadi lebih selesa ketika berdamping dengan si dia.

2. Secara tiba-tiba si dia sering melihat anda di mana sahaja anda berada.

Kita tidak akan melihat sesuatu perkara yang tidak menarik perhatian kita bukan? Tetapi suatu hari, pada hari yang kita tidak dapat jangka dengan cuaca ketika itu sungguh baik, anda dapat merasakan ada sepasang mata sentiasa melihat anda. Adakah si dia sudah tertarik dengan anda?

3. Mengikut segala gaya anda.

Anda mengusik hidung, anda mengambil buku di rak, anda bergerak ke depan dan ke belakang, segala pergerakan anda, menjadi ikutan si dia. Di pendekkan cerita, anda adalah sebagai cerminan si dia, dan bagi mereka usikan seperti itu membuatkan hari mereka bahagia.



4. Sentiasa membuat kejutan.

Jika si dia sudah mula minat pada anda, mereka akan sedaya upaya untuk membuat anda gembira dan tersenyum. Malah mereka gemar membuat kejutan dengan memberi anda pelbagai hadiah. Mengapa kita mahu bazir masa dan duit hanya kerana seseorang bukan? Itu tanda, dia ‘crush’ pada anda!

5. Si dia sentiasa ada, di mana sahaja anda berada.

Jelas! Ternyata! Di mana sahaja anda berada, si dia turut menghadirkan diri untuk bersama dengan anda. Pasti si dia tidak mahu melepaskan peluang untuk bersama dengan anda. Jika 5 tanda ini berlaku pada anda, adakah si dia menakutkan anda? Atau anda mahu jalinkan hubungan dengan si dia? Good luck!



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 534,399 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen