Enam Tanda Anda Bersama Lelaki Yang Baik.

 

Ramai yang berpendapat lelaki yang baik itu tidak wujud lagi di muka bumi ini. Hanya yang tinggal adalah lelaki yang tidak boleh menerima kekurangan seorang wanita tapi mengharapkan sesuatu yang lebih dari dirinya. Sebenarnya, lelaki yang baik itu masih wujud lagi. Mungkin ada tidak perasaan akan kehadirannya. Mungkin juga ia sudah berada di sisi anda sekarang. Tapi bagaimana untuk mengetahui lelaki itu adalah antara lelaki yang baik?



1. Menghormati anda.

Lelaki yang baik ini boleh dilihat melalui bagaimana caranya mereka ini menghormati anda. Dalam satu perhubungan itu saling menghormati penting tapi ini si dia lebih menghormati anda kerana anda adalah wanita yang disayanginya serta menjaga maruah anda. Kenapa msi dia melakukan itu? Kerana mereka ini tidak mahu ibunya atau adik-beradik perempuannya diperilaku dengan perkara yang tidak seharusnya. Jadi kerana itu si dia menghormati anda.

2. Lebih suka kebijaksanaan anda berbanding rupa.

Ramai yang kata bahawa lelaki lebih memandang rupa paras seseorang itu berbanding yang lainnya. Tapi sebenarnya ada sahaja lelaki yang lebih memilih kebijaksanaan berbanding rupa paras anda. Di mana mereka beranggapan rupa paras yang cantik akan hilang di makan usia tapi pemikiran yang bijaksana pasti akan ada sehingga hari tua. Mereka ini akan mencintai anda walau bagaimanapun anda di hari tua nanti.

3. Dia memberi lebih.

Lelaki ini akan sentiasa memberi anda lebih berbanding dari menerima. Walaupun anda tidak menunjukkan satu kata yang memuaskan hatinya, si dia tetap akan memberikan yang lebih. Setiap perbuatannya itu tidak mengharapkan balasan walaupun anda kerap acuh tidak acuh dengannya. Tapi apabila si dia sudah tawar hati mungkin anda tidak akan dipedulikan lagi.

4. Tidak berputus asa.

Lelaki yang ini biasanya akan bersungguh-sungguh mahukan anda. Dia tidak akan sekali pun berputus asa dalam setiap perkara untuk memikat anda. Walaupun kadang kala kata-kata anda itu mematahkan semangatnya. Tapi kerana terlalu cinta akan anda, si dia akan terus berusaha untuk menjadikan yang halal untuk dirinya.

5. Lupakan masa lalu.

Ramai yang beranggapan lelaki ini biasanya tidak akan menerima kisah lalu seorang wanita, tapi bagi seorang lelaki yang baik mereka ini akan melupakan kisah lalu anda. Baginya kisah yang lalu itu sebelum anda bertemu dengannya.

6. Tidak berpura-pura.

Lelaki yang benar-benar baik tidak akan berpura-pura untuk mendapatkan anda. Berpura-pura di sini bermaksud tidak mengharapkan sesuatu ketika mendekati anda. Apa yang di tahu dia sememangnya mencintai anda.

Ramai lagi lelaki yang baik di dunia ini. Cuma mereka ini tidak datang kepada anda, dan mereka juga datang dengan pelbagai cara. Mana tahu pasangan anda juga tergolong lelaki yang baik tapi anda sahaja yang tidak menyedarinya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,931 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen