Wanita Elakkan Bercinta Dengan Empat Lelaki ini.

 

Apabila telah lama menjadi ‘single’ kadang kala kita akan rasa terdesak untuk terlibat dalam sebuah perhubungan sehinggakan kita akan tersalah pilih pasangan kita. Ia juga seumpama seperti mengaut sahaja apa yang ada di depan mata ini. Tanpa kita selidiki adakah mereka ini sesuai untuk menjalinkan hubungan dengan kita atau tidak. Macam orang kata, orang lain nak bercinta, kita nak bercinta juga tapi salah pilih pasangan pula. Selaku seorang wanita, terdapat empat jenis lelaki yang anda perlu elakkan jika hendak bercinta dalam keadaan serius.



1. Baik tapi ‘fake’.

Lelaki seperti ini adalah lelaki yang kelihatan baik. Depan kita baik sangat, macam pijak semut tak mati, tapi apabila belakang kita. Dialah kepalanya. Bagaimana untuk mengenali mereka ini, mereka ini kerap menggunakan kata-kata agama untuk menarik perhatian seseorang itu. Di depan anda dia seorang yang sopan santun. Tapi ia akan menjadi sebaliknya apabila di belakang anda.



2. Tidak matang.

Lelaki tidak matang ini kadang kala tidak mempunyai matlamat hidup yang tepat. Mereka lebih mementingkan hiburan dan keseronokan semata-mata. Jika anda mengajaknya untuk ke arah lebih serius, pasti banyak alasannya. Mereka juga seperti tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab dan lebih mementingkan kepuasan dalam dirinya.



3. Penggoda.

Mereka ini lebih dikenali dengan mulut yang manis. Menggoda anda untuk jatuh cinta terhadap dirinya lalu mensia-siakan anda. Mereka ini hanya mempunyai dua matlamat, sama anda ingin membuat ada kecewa atau mengambil kesempatan terhadap anda. Jadi berhati-hati, agar tidak menjadi mangsanya.



4. Hamba Korporat.

Ingat duit bukan segala-galanya! Jadi lelaki ini pula akan memberi anda kemewahan dan kesenangan hidup. Tapi lelaki seperti ini juga sibuk untuk memuaskan diri mereka sendiri. Mungkin dari segi kewangan anda akan terjamin, tapi dari segi perhubungan lain mungkin tidak. Walaupun kewangan itu penting, tapi jangan sampai abaikan emosi anda.

Ini adalah antara lelaki yang kalau boleh perlu dielakkan. Tapi jika mereka ini adalah jodoh anda. Diharapkan anda terus kuat dan bersabar untuk menangani mereka ini.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,825 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen