Terimalah Seseorang Yang Telah Bertaubat Kepada Allah. Mungkin Dia Lebih Baik Daripada Kita Di Saat Sekarang.

 

Setiap orang pernah melakukan kesilapan dalam hidup. Bahkan setiap hari kita sentiasa melakukan kesilapan. Itulah manusia. Mempunyai keinginan untuk melakukan sesuatu. Berkahwin dengan orang yang mempunyai masa lalu yang buruk, adalah boleh?



Dari Anas R.A dia berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Allah berfirman: “Wahai anak Adam, sesungguhnya engkau berdoa kepada-Ku dan memohon kepada-Ku, maka akan aku ampuni engkau, aku tidak peduli (berapa banyak dan besarnya dosamu). Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu (sebanyak) awan di langit kemudian engkau minta ampun kepada-Ku niscaya akan Aku ampuni engkau. Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau datang kepadaku dengan kesalahan sepenuh bumi kemudian engkau menemui-Ku dengan tidak menyekutukan Aku sedikitpun, maka akan Aku temui engkau dengan sepenuh keampunan”
[HR Tarmizi]

Allah pun memaafkan hambanya, tidaklah salah kiranya kita dapat menerima seseorang yang telah bertaubat kepada Allah. Kita juga seorang yang dhaif. Selalu melakukan kesilapan. Tetapi kesilapan itu ditutup oleh Allah. Maka, segala keaiban kita tidak diketahui oleh orang lain. Sekiranya orang tahu akan keaiban kita, mungkin tiada yang mahu bertemankan kita.

Umar al-Khattab adalah seorang pemuda yang sangat kejam di masa lalu, setelah bertaubat kepada Allah, dia ingin berkahwin dengan anak Saidina Ali iaitu Ummu Kultsum. Ummu Kultsum adalah seorang wanita solehah. Apa yang dilakukan oleh Ali? Adakah dia menerima Umar sebagai menantu? Ya. Beliau menerima Umar sebagai menantunya walaupun Umar mempunyai kisah lampau yang buruk.



Kita tidak boleh memandang rendah kepada orang lain. Mungkin saja orang yang kita memandang rendah pada masa lalunya, dia ternyata lebih baik daripada kita di saat sekarang. Ramai
orang yang telah bertaubat kepada Allah, dia menjadi orang yang sangat rendah diri, suka melakukan kebaikan setelah berhijrah di jalan Allah.

Terimalah seseorang seadanya. Jika dia telah bertaubat, itu adalah lebih baik. Saat dia memerlukan bimbingan, bantulah dia agar lebih dekat kepada pencipta. Kita juga, berusahalah jua untuk sentiasa berdoa agar kita dan pasangan sentiasa dalam suasana kebaikan.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,201 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen