Ganjaran Syurga Bagi Orang Yang Memaafkan.

 

Memaafkan seseorang bukan mudah. Kata-kata perlu selari dengan hati supaya keikhlasan itu timbul apabila kita memaafkan. Dengan memaafkan orang yang pernah menyakiti hati, hidup akan menjadi lebih tenang berbanding kita terlalu memendam perasaan.



“Dan bersegeralah kamu mencari ampunan daripada Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luas, seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, (iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan.” [Ali-Imran: 133-134]

Pernah disakiti oleh pasangan? Bersabarlah. Maafkan dia. Mudah-mudahan dengan kita memaafkan dia, kita mendapat balasan syurga daripada Allah di akhirat kelak.

Orang yang hebat adalah, apabila ada perselisihan berlaku di antara dua pihak, kita sanggup memaafkan orang tersebut walaupun hakikatnya kita tidak melakukan kesalahan. Itu menunjukkan kita adalah seorang yang rendah diri.

Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda,"Orang kuat bukanlah yang kuat dalam bertarung, namun dia mampu menguasai dirinya tatkala marah.
[Muttafaq 'Alaih]




Oleh itu, kenapa kita membuang masa untuk memikirkan hal remeh temeh dalam hidup. Maafkan saja. Ganjaran yang kita dapat lebih besar daripada terlalu memendam perasaan yang akan menyebabkan kita tertekan melalui kehidupan ini. Be strong!


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,363 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen