Pilihlah Pasangan Beragama.

 

Eh, belajar agama sebelum ni? Di mana? Boleh ke tanggung pasangan bila berkahwin kelak?

Persoalan begini selalu bermain di kalangan masyarakat. Menuntut ilmu agama adalah suatu budaya yang mulia. Dengan ilmu agamalah, seorang mampu menjadi orang yang berakhlak dan berbudi pekerti. Dalam agama Islam mempunyai banyak cabang yang boleh didalami oleh manusia.

Islam  itu sendiri adalah agama yang syumul (menyeluruh) iaitu mencakupi semua yang ada di muka bumi. Ia termasuk ilmu yang berkaitan dengan ekonomi dan perniagaan, seni bina, sains, undang-undang dan perhakiman serta banyak lagi.

Kita tidak perlu memandang rendah dengan orang yang mempelajari ilmu agama. Jika seseorang mampu menghayati ilmu agama yang baik serta mempunyai asas di dalam bidang yang lain, kita akan dapati seseorang itu akan lebih maju daripada orang yang belajar ilmu asas sahaja tanpa mempelajari ilmu agama. Dengan ilmu agama misalnya, mereka dapat berniaga dengan cara yang halal, menggunakan kemahiran seni yang ada pada diri untuk membina struktur binaan mengikut ciri-ciri Islam. Bukankah itu suatu yang elok?

Jika seorang lelaki yang elok agama dan akhlaknya datang untuk meminang seorang wanita, kata Rasulullah s.a.w, maka kahwinkah mereka. Kerana jika tidak, akan terjadi fitnah di buka bumi dan kerosakan yang besar. Ini menunjukkan, kita sangat dianjurkan untuk menerima pinangan dari seorang lelaki yang baik agar dapat membina keluarga dan masyarakat yang berguna kelak.

Tinggal saja seseorang itu berusaha atau pun tidak dalam mencari rezeki. Apabila seorang lelaki berusaha kuat dalam mencari rezeki walaupun mempunyai latar belakang agama, dia akan tetap menjadi orang yang berjaya dalam hidup. Bukankah Allah juga yang memberi rezeki kepada dia? Rezeki bukan diberi oleh manusia, manusia hanya perantara untuk memberi rezeki. Hanya Allah memberi rezeki kepada manusia. Siapa yang berusaha, dia akan mendapat hasil.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,823 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen