Kenali Lima Kelakuan Pasangan Yang Setia.

 

Setia itu mungkin boleh diungkap dengan kata-kata, tapi ia belum cukup untuk dipercayai. Susah kalau nak tahu seseorang itu setia dengan hanya melihat sahaja tanpa menilai perbuatan yang dilakukan terhadap pasangannya. Tapi bagaimana pula jika pasangannya hendak tahu bahawa dirinya itu setia. Pasti banyak kelakuan yang menandakan seseorang itu setia yang mana hanya pasangan sahaja mampu menilainya.



1. Tidak berpura-pura bahawa dirinya sempurna.

Antara kelakuan yang menandakan seseorang itu setia adalah dengan tidak berpura-pura terhadap kekurangan dirinya. Ini bermaksud, si dia menunjukkan bahawa dirinya mempunyai kekurangan dan tidak sempurna. Hanya pasangannya sahaja yang tahu akan kekurangan dan kelemahan yang ada padanya. Walaupun ada orang yang lebih rapat dengannya tapi ketika bersama dengan anda segala kekurangannya itu ditunjukkan.

2. Mengutamakan perhubungan apabila perlu.

Selain itu, kelakuan yang dapat dilihat ialah si dia akan mengutamakan hubungannya dengan anda dahulu selain dari keluarganya. Jadi anda dikira orang kedua penting dalam hidupnya. Jika bukan bersama keluarganya pasti dia akan bersama anda. Jadi bila tidak ada bersama anda atau keluarganya pasti si dia bersama rakannya.

3. Mendekati pergaduhan atau perselisihan dengan cara yang baik.

Mungkin apabila pasangan lain bergaduh sukar untuk berbaik semula. Tapi bila anda dan pasangan bergaduh, pasangan anda akan cuba meleraikan pergaduhan dengan cara yang berkesan dan cepat. Si dia ini kira tidak boleh kalau lama-lama bermasam muka dengan anda.

4. Mencabar diri melakukan sesuatu pasangan suka.

Mungkin si dia jenis seorang yang lambat apabila hendak bertemu dengan anda. Si dia juga tahu bahawa anda tidak suka hendak menunggunya. Maka si dia mencabar dirinya agar on time apabila hendak berjumpa anda, walaupun kadang kala perkara itu payah dilakukan. Tapi demi anda si dia sanggup lakukannya.

5. Mencari masa agar dapat meluangkan masa bersama.

Walaupun si dia sibuk dengan kerjayanya. Namun si dia tidak pernah mengabaikan anda. Si dia akan berusaha mencari waktu untuk keluar bersama anda. Walaupun sekejap waktu yang diluangkan itu tapi ia sangat berkualiti bagi anda dan dirinya.

Jadi jika si dia mempunyai lima kelakuan ini, bermakna si dia memang setia pada diri anda. Usha ragukan lagi. Tapi tinggalkan sedikit ketidakpercayaan juga. Hati orang kita tidak menduga.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,882 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen