Carilah Nasihat Untuk Menasihati Diri Sendiri.

 

Melihat kepada situasi hari ini, berapa ramai yang selalu inginkan pasangannya berubah. Tapi malangnya diri sendiri belum lagi terdidik dengan baik. Sentiasa melihat keburukan pasangan sehingga lupa akan keburukan diri sendiri. Mencari kesalahan pasangan menggunakan kanta pembesar, tetapi tidak pernah memandang diri sendiri dengan cermin. Ini situasi yang sangat bahaya jika sentiasa kita amalkan. Kelak akan memakan diri sendiri. Kenapa perlu memperbetulkan diri sendiri dahulu dalam masalah perhubungan?



1. Menjadi ikan hidup di air masin.

Ikan yang berada di dalam laut, walaupun air di laut sangat masin, tetapi mereka tidak pernah menjadi masin disebabkan air tersebut. Apabila kita mempunyai akhlak yang baik, maka kita akan mengeluarkan aura positif dalam kehidupan. Walau sekeji mana perbuatan pasangan terhadap diri, kita masih mampu untuk tersenyum dan menjadi manusia hebat.

2. Belajar melalui perbuatan.

Jika kita menasihati dengan perkataan sahaja, tidak terlalu besar impaknya dibandingkan dengan menasihati melalui perbuatan. Tunjukkan akhlak yang baik bersama pasangan, sama-sama memperbaiki diri ke arah kebaikan. Ia memakan masa yang lama, tetapi hasilnya sangat luar biasa. Sabar dan terus berusaha.

3. Balaslah balingan batu dengan buah.

Tiada guna kita membalas kelakuan yang tidak elok dengan perbuatan keji. Apabila kita menonjolkan perbuatan keji tersebut, ini menunjukkan kita kurang matang dalam membuat keputusan. Sabar adalah lebih bagus. Malah mendapat pahala yang berganda daripada Allah.


Pilihan ditangan kita. Tiada guna kita mengharapkan pasangan berubah sebelum kita terlebih dahulu berubah. Dengan perubahan tersebut, ia sebenarnya menjadikan hubungan bertambah erat bahkan memudahkan penerimaan pasangan untuk menjadi lebih baik. Selamat mencuba! cool

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 525,831 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen