“Alahai, Menantu Ibu….” Jom Semak Dan Cukup Ke Ciri Menantu Yang Baik Pada Anda.

 

Bila dah dekat-dekat nak mendirikan rumah tangga ini, kadang kala ada sedikit kerisauan dan ketakutan untuk berhadapan dengan mak dan ayah mertua ini. Yelah, yang paling takut apabila kita ini tidak pandai mengambil hati mereka. Walhal, kita rasa kita sudah buat yang sehabis baik. Tapi masih risau kalau tidak kena di mata mereka. Risau bagaimana hendak melayan kerenah ipar-duai lagi. Pening kepala memikirkannya. Tapi jangan risau, meh kita periksa dah cukup ke belum untuk jadi menantu yang baik ini.



1. Selalu tanya khabar.

Cara paling mudah untuk menambat hati bakal mak mertua atau bapa mertua kita ini adalah dengan bertanya khabar. Apabila berjumpa mereka terus sahaja ringankan mulut untuk bertanya khabar. Tidak pun hubungi mereka sekali skala, dan bertanya khabar. Apabila pulang ke kampung, terus sahaja tanya khabar mereka kita anda bersalam. Jadi ini nampak anda mengambil berat tentang kesihatan mak dan bapa mertua kita ini. Ia nampak mudah tapi tak ramai yang buat.

2. Layan seperti mak ayah sendiri.

Yang ini ramai yang terlepas pandang. Jangan sesekali letak gap antara anda dan mereka. Layan dan bergurau seperti mereka ini ibu bapa anda. Jika anda meletakkan jarak pasti mereka ini akan mudah terasa hati. Yelah, hati orang tua ini mudah tersentuh. Jika mereka menegur anda jangan tiba-tiba melenting. Jangan buat jarak seperti mereka ini tidak berhak menegur anda kerana anda bukan anaknya. Jangan macam itu.

3. Ringan tulang.

Ini paling penting untuk tambat hati mak dan bapa mertua ini. Kalau ada kenduri atau majlis yang memerlukan anda memerah tenaga, hulurkan sahaja bantuan. Janganlah anda menyorok di bilik pula. Jika anda anak janganlah gunakan anak sebagai alasan. Kalau menantu perempuan, ringankan lah diri itu masuk ke dapur. Jangan nanti disuruh.

4. Tidak kedekut nak belanja mertua.

Bila bab mak mertua kita kedekut tapi bila mak sendiri tidak apa pula. Ha, tidak berlaku adil di situ. Ibu bapa mertua ini sama sahaja tarafnya dengan ibu bapa kandung. Jadi belanja sahaja mereka sedikit barang dapur atau apa sahaja. Apabila kita pergi melancong, belikan sedikit buah tangan mereka. Barulah mereka rasa dihargai.

5. Jaga hubungan ipar-duai.

Perkara ini juga amat penting dalam perhubungan ini. Yelah, kalau kita bergaduh dengan ipar-duai kita. Mahu penting kepala mak dan ayah mertua kita itu. Nanti tiba-tiba semua orang terkena tempiasnya. Pasti akan bermasam muka apabila pergaduhan berlaku. Jadi pasti anda pandangan negatif terhadap anda.

Sekarang ini ciri ini sudah ada di dalam diri anda ke belum? Kalau sudah bermakna anda sudah bersedia untuk menjalani hidup berrumahtangga. Jika belum, maka pupuk lah ia di dalam diri anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 315,454 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen