Adakah Lelaki Akan Menangis Setelah Putusnya Hubungan Si Dia Dengan Kekasih Hati?

 

Apabila sesuatu hubungan tidak berjaya, wanita dan lelaki akan mengalami perasaan yang sama tapi situasi yang berbeza. Sejurus putusnya hubungan, wanita akan cepat mengalirkan air mata walaupun bukan di depan pasangan. Di dalam kereta, mahu pun di rumah. Seperti yang kita tahu, lelaki terkenal dengan ego dan sukar untuk menangis di depan pasangan.

Tetapi, setelah hubungan itu tidak berjaya, adakah mereka akan terus menangis? Ambil masa yang berapa lama untuk mereka ekspreskan perasaan diri nya sendiri? Apakah mereka akan lakukan setelah putusnya hubungan si dia dengan kekasih hati?

1. Sudah Tentu Mereka Akan Menangis.

Di saat putusnya hubungan, mereka akan termenung bersendirian dan berfikir sama ada mahu teruskan rasa sedih atau mengawal perasaan dan keluar bersama sahabat baik mereka. Jika, lelaki mahu meneruskan melayan perasaan, mereka akan menangis di kamar mandi, sama ada merenung tajam pada cermin atau di bawah shower.

Jika lelaki keluar bersama sahabat, sudah tentu mereka akan mengawal emosi tetapi akhirnya apabila tiba di rumah, si dia juga mereka akan fikirkan. Tetapi ketika dan saat itu, lelaki akan cuba sedaya upaya untuk menerima apa yang telah berlaku dan berlagak cool. Kerana itu mereka kelihatan seperti tidak ada kesan setelah putusnya hubungan, apabila sebulan atau mengambil masa berbulan, kesannya mungkin akan terlihat. Gila talak mungkin?

2. Perkara Lain Yang Akan Di Lakukan Oleh Lelaki.

Mencuba untuk memadam segala record tentang si gadis, text sms, gambar, dan sebagainya. Selain daripada itu, mereka akan pergi ke gym atau aktif dengan pelbagai sukan untuk menghilangkan rasa stress dan sedih yang melanda diri mereka ketika itu. Di samping itu, mereka juga akan mencuba menonton movie kegemaran dan bermain game online.

Jangan lupa, ada juga sebahagian daripada mereka akan kongsi perasaan dengan ibu tercinta. Segala yang tersimpan di dalam hati, sudah tentu meminta nasihat daripada ibu mereka.

Lelaki dan tangisan seperti musuh, tetapi mengikut kajian perbezaan antara tangisan dengan wanita, dan tangisan dengan lelaki berbeza kerana, lelaki menangis di sebabkan tanda kejujuran di hati tetapi wanita kerana emosi.

Artikel tentang lelaki yang anda boleh baca
1. Si Gadis Tertanya-Tanya, Apakah Aktiviti Yang Lelaki Sering Lakukan Jika Mereka Bukan Penggemar Bola Sepak?
2. Bagaimana Untuk Mencintai Lelaki Yang Degil Dan Ego?
3. Hati Ini Tidak Serik Untuk Bercinta. Tidak Semestinya Aku Ini Playboy!
4. Bahasa Badan Lelaki Yang Si Gadis Perlu Tahu Jika Si Dia Sudah Mula Tertarik Dengan Anda.
5. Nukilan Hati Sang Lelaki Yang Gadis Perlu Tahu.
6. Lelaki Lebih Drama Daripada Wanita. Apakah Akan Dilakukan Oleh Lelaki Jika Mereka Dilamun Cinta?

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,312 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen