5 Tanda Perkahwinan Yang Sedang Retak Menanti Belah. Yang Bertoksik Ibarat Asid Yang Menghakis.

 

Perkahwinan bertoksik ibarat asid yang menghakis, mencairkan dan menghancurkan jiwa seseorang. Jika tidak dikesan dari awal, dikhuatiri boleh memudaratkan atau melarat menjadi penderaan fizikal. Apakah tanda-tanda tersebut? Semak 5 petanda hubungan toksik ini sebelum terlewat.



1. Hilang tujuan hidup.

Ke mana perginya diri anda yang dulu, yang penuh cita-cita dan semangat untuk berjaya? Awas seandainya selepas berkahwin, anda mula kehilangan tujuan ini akibat dipengaruhi pasangan. Jangan biarkan impian hidup anda terkubur kerana cinta sepatutnya menyempurnakan impian seseorang, bukan sebaliknya!

2. Kehidupan sosial yang terkongkong.

Tahukah anda, kehidupan di luar lingkung perkahwinan adalah sesuatu yang membuatkan diri anda lebih menarik? Mungkin sebelum berkahwin anda selalu menyertai program amal atau pun rapat dengan keluarga. Berwaspadalah jika hal-hal sebegini kian terkongkong semenjak berkahwin. Perkahwinan anda bukan bermaksud anda wajib menghabiskan setiap waktu dengannya seorang.



3. Berhenti memiliki hobi.

Tiada lagi aktiviti mengunjungi salun kesukaan, membuat mani pedi, berjumpa pakar dermatologi untuk rawatan kulit atau sesi minum petang dengan sahabat karib seperti dulu. Semua ini hilang sebaik anda berkahwin kerana terpaksa menghabiskan seluruh masa di sisi suami. Jangan begitu. Ada masanya hobi untuk diri sendiri ini penting untuk menaikkan keyakinan diri.

4. Hilang keyakinan diri.

Perkahwinan yang cemerlang akan menolak anda ke atas, bukan menarik anda ke bawah. Sokongan pasangan seharusnya meningkatkan harga diri anda tapi jika anda terlalu bergantung harap dengan si dia... percayalah, anda akan berhenti menawan puncak gunung tertinggi.

5. Terlalu berkompromi.

Gara-gara cinta, anda selalu melangkaui had yang sebenar. Had kesabaran. Had kesetiaan. Had kemaafan. Nilai diri anda terketepi dan lebih menyedihkan, anda tahu perkara ini tapi tidak mahu berbuat sesuatu untuk mengubahnya. Rasa bimbang menebal jika anda melawan, dia akan meninggalkan anda. Sedalam mana pun perasaan anda terhadap suami, itu tidak bermakna semua elemen dalam hidup ini perlu dibuang ke luar jendela. Usah biarkan perkahwinan terus bertoksik dan suami anda menjadi Mr. Wrong yang merosakkan seluruh hidup anda. Kerana hakikat cinta dalam perkahwinan itu sepatutnya membahagiakan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,853 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen