Janji Perlu Dibuktikan.

 

Apabila pasangan menjanjikan sesuatu, usah percaya 100% tanpa dibuktikan dengan perbuatan. Jika kita meletakkan harapan terlalu besar kepada pasangan, jangan pernah kecewa saat si dia tidak dapat menunaikannya janji manisnya itu.



Janji bukanlah hal main-main, tapi seringkali orang memungkiri janjinya. Tahukah kita bahawa memungkiri janji adalah sifat orang munafik? Munafikkah kita? Tapi, tidaklah perlu anda menyatakan hal ini kepada pasangan. Sengaja saya pesan untuk peringatan kita bersama.

Jika anda bersama pasangan begini, bersabarlah. Teruskan mengajak  si dia ke arah kebaikan. Mudah-mudahan dengan seringnya kita mengajak dia ke arah kebaikan, dia dapat berubah kelak. Yang penting perlulah disampaikan dengan cara berhikmah.

Janji perlu dibuktikan. Jika sayang, jaga hubungan sebelum bernikah. Seorang lelaki tidak sepatutnya mengambil kesempatan sewaktu bercinta untuk merosakkan wanita. Itu bukan cara kita. Islam mengajarkan kepada kita ajar segerakan nikah.

Wanita pula, apabila sayangkan pasangan. Jagalah diri sebagai seorang wanita. Menjaga tutur kata, bersopan santun, berpakaian yang elok serta mengamalkan cara hidup Islam dengan sempurna. Itulah perisai anda ketika belum bernikah agar tidak diterkam oleh lelaki yang bernama ‘buaya darat.’



Apabila keduanya sudah berkenan di hati, berjumpalah segera dengan ibu bapa, perkukuhkan ilmu agama, bina kewangan dengan sebaik mungkin untuk buktikan kepada ibu bapa bahawa anda tidak main-main dalam hal ini. Seterusnya, jangan lupa untuk memohon kepada Allah agar segala urusan untuk membina mahligai indah berjalan dengan lancar.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,519 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen