Jangan Belajar Menipu Pasangan, Nanti Menjadi Tabiat.

 

Dalam perhubungan ini jangan cuba untuk menipu pasangan kita. Terutama jika hubungan itu satu ikatan yang sah. Lagi lah bahaya kalau menipu. Sebab apa? Sebab banyak perkara buruk yang akan timbul kalau kita sudah mula menipu pasangan kita ini. Cuba bayangkan kalau anda tipu si dia, tiba-tiba ada yang datang memberitahu kisah yang benar. Ha, tidak ke timbul pergaduhan. Satu masalah yang kecil boleh jadi besar kalau kita tipu pasangan kita ini. Kenapa perbuatan tipu itu tidak elok?



1. Kepercayaan.

Dalam perhubungan ini, kepercayaan adalah yang paling utama. Tanpa ada kepercayaan, sesebuah hubungan itu boleh putus walaupun tali yang diikat itu paling kuat. Tidak kiralah apa yang berlaku pada pasangan kita, letakkan kepercayaan kepadanya yang paling utama. Jadi apabila satu perkara berlaku daripada orang ketiga, tidak kiralah apa pun. Kita telah menanam kepercayaan kepada pasangan. Jadi segala permasalahan akan dapat diselesaikan. Tapi kalau pasangan kita menipu dan kita tahu dia menipu. Bagaimana kepercayaan itu hendak ada.

2. Jujur lebih indah walaupun menyakitkan.

Ada kalanya kita takut hendak berterus terang sebab memikirkan hatinya akan terluka. Tapi apabila kita mula menipu si dia, permasalahan tersebut akan berlanjutan dan semakin besar. Dan apabila besar pasti si dia akan tahu dan akan bertambah sakit hati. Kejujuran itu sememangnya menyakitkan tapi lebih elok jika luka di hatinya sedikit daripada luka yang besar.

3. Tidak akan menyelesaikan masalah.

Jangan sesekali mendidik diri untuk menipu pasangan kita. Menipu dalam perhubungan tidak akan ke mana malah ia hanya menimbulkan keretakan. Kalau ada masalah, selesaikan dengan cara yang betul. Berbincang dan mencari sefahaman. Bukannya menipu dan berdalih. Sebab setiap masalah yang wujud dalam muka bumi ini pasti ada penyelesaiannya.

Dapat disimpulkan di sini, dalam perhubungan itu jangan menipu. Hal ini kerana jika anda sudah mula menipu anda akan terus menipu pasangan anda. Kalau nak menipu buat apa libatkan diri dalam perhubungan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,502 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen