Sebab Allah Menjadikan Wanita Sebagai Isteri Kepada Lelaki.

 

Dalam al-Quran disebutkan beberapa sebab Allah menjadikan wanita sebagai isteri kepada kaum lelaki. Sebab tersebut terdapat di dalam ayat di bawah:

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir.”

[Ar-Rum: 21]





1. Sakinah.

Allah menjadikan wanita agar dia dapat menjadikan seorang lelaki hidup lebih aman, damai, tenang dan tenteram. Sebab itu jualah Allah menjadikan pasangan hidup dari kalangan manusia. Bukan daripada haiwan atau jin. Lelaki juga dijadikan fitrah kehidupannya suka akan wanita. Melihat sahaja sudah terpesona, apatah lagi jika bersama. Bersamanya membuatkan hati gembira dan menambahkan kemesraan dalam berumah tangga. Untuk itu, amatlah disarankan agar lelaki mencari pasangan yang baik akhlak dan agamanya.

2. Mawaddah.

Mawaddah bermakna kasih. Ia boleh juga membawa maksud cinta. Cinta seorang suami akan isterinya apabila sudah menerima akad saat perkahwinan berlangsung. Cinta selepas nikah adalah sangat indah. Cinta itu muncul apabila suami dan isteri saling berinteraksi, saling membantu. Dengannya, suami isteri menjadi halal sesama pasangan. Ini menyebabkan hubungan antara keduanya lebih erat setelah bernikah.

3. Rahmah.

Mawaddah dan rahmat adalah saling berkaitan. Ia bermaksud kasih sayang. Kasih sayang dalam sebuah keluarga amatlah diperlukan. Kerana, dengan adanya sifat ini akan menyebabkan sebuah pasangan saling lengkap melengkapi apabila ditimpa dengan musibah. Tidak saling menyalahkan, tetapi sama-sama menguatkan.



Begitulah Allah menjadikan wanita untuk seorang lelaki. Jadi, seorang lelaki perlulah mencari wanita yang baik untuk mendapatkan ketiga-tiga ini agar semua pakej tersebut bakal kita dapatkan setelah bernikah kelak.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 615,614 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen