Tips Pemilihan Warna Busana Pengantin Berdasarkan Warna Kulit Anda.

 

Rakyat Malaysia mempunyai empat jenis warna kulit yang berbeza. Setiap satunya membawa keindahan yang bersesuaian kepada pemiliknya. Tambah-tambah lagi jika dipadankan dengan warna baju yang sesuai. Pasti akan menaikkan seri di muka. Tapi apabila tiba untuk majlis bahagia seperti majlis perkahwinan, kesukaran memilih baju yang bersesuaian adalah amat penting. Hal ini demi menggelakkan pengantin tidak tenggelam dek kerana warna busana pilihannya. Jadi bagaimana untuk memilih busana mengikut warna kulit?



Mula-mula kenal pasti kulit anda terlebih dahulu. Terdapat empat jenis kulit iaitu putih gading, kuning langsat, sawo matang dan sedikit gelap.

1. Putih gading.

Kulit ini adalah putih yang cerah dan kadang kala sedikit pucat. Kulit ini sesuai untuk semua warna baju tetap diri kelihatan lebih berseri bila mengenakan warna kontra dengan kulit iaitu hitam, kelabu, merah, biru dan ungu. Warna-warna ini membuatkan raut wajah anda tampak lebih cerah bercahaya. Namun begitu, elakkan warna pastel, pudar dan beige sebab warna-warna itu menyebabkan kulit kamu kelihatan sangat pucat.

2. Kuning langsat.

Kulit jenis ini agak putih tetapi ia kekuningan. Ia adalah tone warna di antara sawo matang dan putih. Lebih cerah sedikit berbanding sawo matang. Pemilihan rona terang dari warna merah jambu, merah, kuning dan biru. Bagaimanapun, elakkan menggayakan warna krim, coklat dan oren. Warna tersebut jadikan kulit wajah tampak kusam.

3. Sawo matang.

Kulit ini lebih sedikit gelap berbanding putih gading dan kuning langsat. Ia juga warna yang selalu dimiliki oleh wanita Asia. Ia sesuai dipadankan dengan warna krim, biru navy, ungu, merah hati dan hitam iaitu lebih kepada warna rona pastel, terang dan gelap. Elakkan pilih rona warna yang seakan warna kulit sawo matang seperti kuning dan coklat gelap kerana ia buatkan penampilan tampak suram dan tidak menyerlah.

4. Hitam manis.

Dimiliki oleh sebilangan etnik di Asia. Kulit ini juga sedikit gelap berbanding sawo matang. Warna kulit ini akan kelihatan cantik dengan warna solid dan terang. Sebagai contoh, merah, jingga, hijau, plum, lavender, kuning serta royal blue amat sesuai dipadankan dengan kulit gelap. Ia bantu tonjolkan sifat kontra terhadap rona kulit serta dapat naikkan seri wajah.

Jadi buat bakal-bakal pengantin, pilih warna yang bersesuaian dengan kulit anda. Jangan memilih warna berdasarkan warna kegemaran anda ditakuti warna tersebut tidak sesuai dengan kulit anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 407,918 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen