Adakah Perkahwinan Tema Tradisional Semakin Di Lupakan Oleh Masyarakat?

 

Setiap gadis mempunyai impian perkahwinan masing-masing. Perkahwinan di tepi pantai, perkahwinan yang sangat simple dan tetamu yang sedikit, perkahwinan ala-ala Cinderella. Dengan mengikut peredaran masa, sudah tentu tema perkahwinan menjadi semakin moden. Tema perkahwinan yang asli dan tradisional semakin dilupakan oleh masyarakat. Ini di sebabkan kita sudah menghampiri generasi 2020.

Tetapi masih releven kah perkahwinan dengan tema tradisional ini? Jika anda mahu berjimat, mudah dan masih kelihatan anggun, melangsungkan perkahwinan di kawasan perumahan atau kampong halaman sudah pun mencukupi. Hasilnya pun cukup meriah. Agenda utama walimah adalah untuk memberitahu orang ramai, yang anda telah pun berpunya atau pun bernikah.

Apakah kriteria perkahwinan tema tradisional yang mudah untuk anda sediakan?

1. Bunga Telur.

Kini, cenderahati di setiap perkahwinan seperti berlumba-lumba untuk di beri kepada tetamu. “Kau punye kain sapu tangan je? Apa kelas?”, “Eh, bagi gula-gula je?”,“Kau bagi mug ni, siapa yang nak guna?”. Alahai, bermacam-macam ragam manusia yang tidak berpuas hati. Bunga telur adalah cenderahati yang paling mudah di gubah dan diberikan kepada tetamu. Pulang ke rumah boleh masak telur rebus!

2. Songket.

Songket adalah pakaian yang sangat klasik! Pakaian ini juga masih lagi releven pada zaman sekarang dan pengantin kelihatan segak seperti raja sehari.

3. Kompang.

Kompang di anggap ketinggalan zaman buat masa sekarang. Jika ada pun, paluan kompang hanya di alunkan melalui radio. Kompang adalah harus dalam islam kerana hanya untuk memeriahkan suasana. Jika perbelanjaan yang berlebihan dan boros, amat lah tidak di galakkan.

4. Lagu kahwin.

“Kompang dipalu, pengantin baru, duduk bersanding, tersipu malu”

Kini, jarang lagu kahwin yang klasik akan di dengari pada majlis perkahwinan kerana segalanya telah berubah. Lagu-lagu yang di alunkan hanya lah lagu-lagu cinta yang menyusuk kalbu dan sanubari.

5. Nasi Minyak.

Perkahwinan dan nasi minyak tidak boleh dipisahkan. Jangan terkejut, ada juga majlis yang menyediakan selain daripada nasi minyak, seperti nasi dagang, nasi beriyani atau nasi kandar.

Jom baca lagi tentang perkahwinan 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,532 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen