Jika Si Dia Mengatakan ‘I Love You’ Terlalu Awal, Adakah Dia Benar-Benar Ikhlas Menyintai Anda?

 

Situasi yang bagaimana membuatkan seseorang itu dengan mudah mengungkapkan ‘I Love You’? Adakah seperti  jatuh cinta pandang pertama? Belum sampai seminggu, sudah mengatakan hasrat cintanya di hati? Adakah si dia boleh dipercayai?

Anda perlu berwaspada apabila seseorang boleh mengungkapkan kata cinta ini dengan begitu cepat. Mereka mungkin adalah seorang yang tiada pekerjaan dan cuba mencari seseorang untuk menyara hidupnya, atau pun seorang penipu mahupun seorang yang terlalu sunyi dalam hidupnya. Sebahagian daripada kita terutamanya wanita yang mudah terperangkap dengan kata-kata cinta daripada lelaki.

Jadi apakah 5 situasi yang perlu anda berjaga-jaga supaya tidak terperangkap dengan kasanova cinta ini?

1. Cinta pandang pertama yang hanya terjadi dalam masa kurang daripada sebulan. Si dia mungkin keliru adakah dia benar-benar menyintai anda dengan sepenuh hati, atau hanya menurut nafsu. Jika si dia mengungkapkan kata cinta dan hanya berlalu pergi, bermakna dia tidak bersedia untuk meneruskan hubungan dengan anda.

2. Ungkapan cinta terjadi ketika hubungan kalian masih lagi tidak kukuh dengan 3 aspek ini iaitu tiada kepercayaan, keserasian dan masi lagi tidak mengenal hati budi masing-masing.

3. Hanya kata-kata dan sandiwara. Si dia hanya mengungkapkan kata cinta tanpa melakukan sebarang aktiviti yang menunjukkan si dia telah jatuh cinta pada anda. Jadi, apa lagi? Sila angkat kaki, jangan mengharap!

4. Kini, sosial media adalah platform untuk anda menunjukkan sesuatu perkara yang anda berhak menunjukkan pada khalayak ramai. Termasuk lah cinta hati. Mentaliti masyarakat bagaikan tidak percaya pada anda, jika anda tidak kongsi perihal peribadi anda.

“Betul ke kau dah tunang?”

“Betul ke dah berpunya ni?”

“Eh, kau kena check facebook dia, entah-entah dah kahwin, mana boleh percaya orang zaman sekarang ni!”

Jika si dia mengungkapkan kata cinta, tetapi apabila anda merisik semua sosial media si dia ternyata si dia milik orang lain.

5. Si dia seperti terlalu teruja apabila mendapat kerja baru di sesebuah syarikat dan ungkapan I love you akhirnya terluah. Jaga-jaga insan seperti ini, mungkin dia meluahkan kata cinta ketika ada sesuatu perkara besar yang akan terjadi pada dirinya. Jika susah menghilangkan diri.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,952 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen