EX Anda Belum Move On? Ini Lima Tanda Si Dia Masih Berharap Pada Anda.

 

Apabila satu hubungan itu tidak kesampaian, pilihan terbaik adalah perpisahan. Namun setelah berlaku perpisahan mungkin salah seorang dalam perhubungan tersebut akan merasa menyesal dan ingin kembali bersama tetapi masih mengekalkan ego yang tidak mahu menyatakan hasrat hatinya. Walau bagaimanapun terdapat beberapa perbuatan yang boleh dilihat untuk menangkap bahawa si dia masih belum move on dari perhubungan lama.



1. Ingin berkawan kembali.

Bila anda dan dia telah menyatakan kata putus dalam perhubungan itu tetapi tiba-tiba si dia datang kembali dan memberi alasan ingin berkawan dengan anda, itu adalah tanda si dia masih belum move on dari anda. Hal ini kerana, satu perhubungan yang tidak kesampaian pasti sukar jika ingin menjalankan persahabatan apabila sudah tidak sefahaman.

2. Kerap memberi pesanan (SMS).

Dalam mengekalkan jarak sebagai rakan anda, si dia juga kerap memberi pesanan melalui SMS, dan WhatsApp. Ha, ini menandakan si dia masih berharap anda sedar akan kehadirannya. Di samping itu juga, si dia mengganggu anda di media sosial miliki anda dengan memberi komen seperti perhubungan anda tidak ada yang berubah.

3. Imbas kembali kenangan.

Di samping itu juga, si dia juga mula mengimbas kembali kenangan anda bersamanya. Sebagai contoh tabiat yang anda lakukan ketika anda makan bersamanya. Tidak pun si dia cuba mengimbas tabiat buruk anda dengan menunjukkan bahawa hanya si dia sahaja yang memahami anda.

4. Ingin tahu gerak geri.

Si dia juga cuba mencari tahu mengenai gerak geri anda yang dilakukan seharian. Apa yang anda buat dan dengan siapa anda keluar pada hari ini. Kalau boleh si dia ingin tahu sebagaimana dia menjadi orang penting dalam hidup anda.

5. Rasa cemburu jika anda dalam perhubungan baru.

Apabila si dia dapat mengetahui ada sedang berkenalan rapat dengan seseorang. Si dia mula menunjukkan rasa cemburu dan melakukan pelbagai cara untuk menggelakkan anda jatuh ke tangan orang lain. Mula mengacau perhubungan baru anda dengan menjadi orang ketiga antara anda dan pasangan.

Apa yang perlu dilakukan?

Jika terdapat tanda-tanda tersebut, ini bermakna pasangan anda itu masih berharap kepada anda. Jadi hanya anda sahaja yang mampu membuat keputusan mengenai perhubungan anda dengannya. Jika anda mahu menambah minyak pada api cintanya yang masih belum hilang itu, anda mungkin perlu menjadi rakannya. Jika tidak jangan pernah memberinya ruang untuk mendekati anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 373,600 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen