Setia Saat Suka Dan Duka Bersama Pasangan.

 

“Kesetiaan Wanita Diuji Ketika Lelaki Tidak Mempunyai Apa-apa. Kesetiaan Lelaki Diuji Ketika Dia Mempunyai Segalanya.” Pernah mendengar kata-kata ini? Diharapkan kita dapat menjadi orang positif dalam berhubungan. Apabila berada di atas, usah merasa diri sudah menjadi yang terbaik sebelum kita diuji dengan kesusahan. Saat itu, barulah kita sedar siapa diri kita yang sebenar. Pesanan ini ditujukan untuk diri kita sendiri supaya beringat di hari mendatang. Usah memandang buruk kepada pasangan, tetapi kita sebagai orang yang positif perlu sentiasa memperbaiki diri dalam apa jua keadaan.



Wanita, anda boleh merasa aman saat bersama pasangan ketika dia dalam keadaan senang. Ketika ini semuanya kata-kata indah keluar dari mulut. Tidak perlu mengangkat diri ketika ini, belum tibanya lagi dia diuji. Ketika seorang lelaki diuji, tetaplah bersama dia untuk memberikan semangat bagi meneruskan kehidupan. Ikhlaskan semuanya apabila berbuat sesuatu. Jika kamu dikecewakan sekalipun, kamu tidak akan menyesal. Kerana apa yang dilakukan hanya untuk mendapat balasan daripada-Nya.

Lelaki, tidak perlu mendabik dada terlebih dahulu apabila berada dalam kejayaan. Ingatlah jasa-jasa orang yang susah bersama anda. Sanggup mengorbankan segalanya demi melihat kejayaan. Ingin hidup bersama saat suka mahupun duka. Ini menunjukkan kesetiaanya. Bukan permainan dalam percintaan. Jika anda telah melukai seseorang, mohonlah kemaafan kepada si dia yang telah dikecewakan.



Hati mana tidak hancur ketika kesetiaannya dibalas dengan kekejaman. Jika anda seorang yang sedang dalam kekecewaan, usahlah bersedih. Berdoalah agar digantikan dengan pasangan yang lebih baik sambil memperbaiki diri ke arah kebaikan. Dengan mendekat diri kepada Allah sahajalah, hati akan menjadi tenang. Move on!


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,188 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen