Adakah Pengapit Di Perlukan Dalam Melangsungkan Perkahwinan Anda?

 

Mari kita buat check list:


1. Kedua-dua bakal pengantin
2. Ahli keluarga
3. Tok Kadi
4. Wali
5. Mas kahwin
6. Hantaran
7. Pelamin

Jika anda rasa segalanya sudah mencukupi, jangan lupa siapa yang akan menolong bakal pengantin untuk menyediakan segala hal dari segi fizikal mahupun mental? Ibu bapa pengantin sudah tentu tidak dapat fokus kerana mereka sangat gementar jika majlis tidak berjalan dengan lancar. Adik-beradik? Rakan-rakan? Pasti mereka dapat menolong bakal pengantin bukan? Tetapi anda perlu tahu, bakal pengantin ketika berlangsungnya majlis dan sebelum majlis, ada sahaja perkara yang tidak kena pada mata mereka. Jadi, adakah mereka perlu lakukan kesemuanya keseorangan?

Peranan pengapit untuk menolong menenangkan bakal pengantin sangat penting. Ketika sibuknya majlis, pengapit perlu tahu untuk mengawal keadaan sekeliling. Insan yang sangat mengenali diri anda dan tahu bagaimana cerewetnya diri anda adalah kriteria utama dalam diri pengapit. Tidak kira sama ada bff atau saudara yang rapat.  

Jadi apakah kriteria lain yang perlu ada pada pengapit?

1. Rajin.

Ya, di sebabkan anda adalah insan terpilih untuk sentiasa berdamping dengan pengantin, anda perlulah rajin tanpa di suruh. Mengikut peredaran masa, kini majlis perkahwinan menjadi megah dan bertambah meriah, kerana itu pengapit menjadi bertambah ramai jika kita sedar tentang perkara ini. Ada sebab mengapa bakal pengantin melantik pengapit 1, pengapit 2, pengapit 3 dan seterusnya. Hehe.

2. Jangan merungut.

Anda sendiri sudah tahu betapa gementar dan cerewet nya bakal pengantin ketika ini, jangan lah pula pengapit pun turut merungut. Apa pula kata orang nanti. Ikhlaskan hati jika mahu menolong.

3. Sentiasa Tersenyum.

Pengapit bermasam muka? Alahai, jangan begitu, mana tahu anda akan bertemu jodoh ketika menguruskan perkahwinan rakan anda? Fikir yang baik-baik okay.

4. Bujang.

Apabila kita meminta tolong daripada rakan atau pun saudara terdekat, sudah tentu mereka yang mempunyai stamina yang kuat bukan. Jika sudah berkahwin, sudah tentu mereka ada komitmen lain selain daripada diri sendiri, termasuk lah suami dan anak-anak.

Pernah anda melihat pengantin menjerit meminta tolong daripada ahli keluarganya yang jauh daripada sisinya? Sudah tentu kelihatan tidak manis, oleh sebab itu, pengapit amat diperlukan ketika untuk melangsungkan perkahwinan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,396 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen