Bakal Pengantin Perempuan Jangan Lupa Tiga Perkara Ini Ketika Menjelang Hari Bahagia.

 

Apabila tiba hari bahagia, banyak perkara yang perlu dilakukan. Biasanya perkara yang besar-besar hampir selesai tinggal yang kecil-kecil sahaja, seperti gubahan hantaran, fitting baju dan mengemas ruangan rumah. Itu mungkin hal-hal yang kecil bagi sesetengah orang. Tapi sebenarnya ada hal yang lagi kecil kadang kala terlepas pandang. Apa lagi perkara kecil ye?



1. Sediakan kerongsang yang cukup.

Orang perempuan ini biasanya kalau beli kerongsang 10 pun nanti tiba-tiba mesti akan tinggal satu. Jadi sebelum kalut di hari bahagia kerana kekurangan kerongsang, baik anda sediakan dahulu sebanyak yang mungkin untuk kegunaan hari itu nanti. Manalah tahu nanti saudara mara datang capai satu-satu, habis pula kerongsang itu bila anda hendak gunanya. Jadi sediakan awal.

2. Sediakan inner dan tudung yang bersesuaian.

Tidak lupa juga, sediakan dahulu inner dan tudung yang padan dengan baju perkahwinan anda. Jangan sampai tudung dan baju tidak kena matching pula, nanti tidak naik seri pula. Cari tudung yang sesuai mengikut tema. Sediakan dan gosok terlebih dahulu sebelum jurumakeup anda datang. Ditakuti nanti jadi kalang kabut pula jika tidak disiapkan awal.

3. Jangan lupa cuci rambut.

Ini yang paling penting, sehari sebelum tiba hari perkahwinan anda, apa kata anda pergi ke SPA untuk mencuci rambut dan mengurut badan anda. Barulah kelihatan sedikit segar di hari bahagia nanti. Kalau rambut tidak dicuci, mahu pengsan jurumakeup anda bau rambut anda. Itu baru jurumakeup, belum bakal suami anda lagi. Jadi cuci awal-awal ye.

Ini adalah tiga perkara yang biasanya dipandang mudah dan remeh. Namun apabila tiba hari bahagia perkara ini juga menjadi salah satu perkara yang mengganggu kelancaran majlis tersebut. Siapkan awal agar majlis berjalan dengan mudah dan lancar.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,418 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen