Bagaimana Untuk Mengatakan ‘NO’ Supaya Si Dia Tidak Mudah Terluka Ketika Cinta Tidak Terbalas?

 

Adakah anda seorang yang straight forward dan senang mengatakan tidak atau NO terhadap seseorang? Adakah anda seorang yang mementingkan diri sendiri dan tidak mengendahkan perasaan orang lain ketika terluka? Tahniah kerana anda seorang yang sangat berani.

Tetapi bagaimana pula pada mereka yang jenis pendiam dan suka memendam perasaan? Mereka yang tidak tahu bagaimana untuk memulakan perbicaraan ketika sudah mula bosan dengan pasangan. Malah hati mereka juga tidak kental untuk menyatakan hasrat yang sebenar lalu mereka meninggalkan insan tersebut terkapai-kapai tanpa berita. Sering berlaku kejadian begini. Tak baik ya.

Meninggalkan insan yang kita telah beri harapan tidak mudah, sebab itu kita jangan mudah memberi harapan jika tiada niat untuk melamar mereka. Terberi harapan? Tersuka tanpa sengaja? Tiba-tiba ibu bapa tidak berkenan dengan pasangan lalu mencari jodoh yang lain? Mustahil.

Jadi, bagaimana cara yang betul untuk menolak cinta mereka tanpa berterus terang dengan katakan ‘TIDAK’?

1. Nyatakan anda mempunyai masalah kewangan yang sangat kritikal ketika itu dan mahu fokus pada keluarga, khuatir perasaan si dia terabai.

2. Nyatakan hasrat anda untuk sambung belajar dan akan pergi jauh daripadanya, malah tidak mahu memberi atau meletakkan segala harapan selepas itu.

3. Jika anda tidak menyukai seseorang hanya kerana penampilan mereka, jangan lah begitu berterus terang menyatakan fizikal mereka.

Kecil hati si dia. Cuba untuk berkias seperti "Awak tau tak, mak saya selalu pesan, tubuh badan kita ni hanyalah pinjaman kita dekat dunia ni, kalau awak tak jaga amanah Allah sebaik mungkin, macam mana awak nak jaga bakal suami awak nanti?"

Atau pun berikan mereka masa untuk berubah dan memberi cadangan bagaimana untuk mengubah penampilan melalui senaman atau pun makan makanan yang sihat.

4. Nyatakan perkara sebenar apa yang terjadi pada hidup anda ketika itu, jika ada seseorang menyukai anda dalam diam.

Jangan pula memberitahu identiti sebenar insan tersebut, khuatir akan berlaku peperangan pula. Tetapi anda dalam situasi untuk berusaha, menenangkan minda dan solat istikharah supaya di beri petunjuk.

Namun, terpulang pada setiap individu dengan cara bagaimana untuk berterus terang, yang paling utama jangan meninggalkan si dia dan menipu! Biar merasa pahit dahulu, manis di kemudian hari.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,442 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen