Cara Tangani Wanita Kuat Membebel, Ikuti Empat Tips Ini.

 

Masa bercinta dahulu, kalau lihat si dia membebel ini kelihatan comel dan suka aje melihat dia membebel dalam semua perkara. Ia macam nampak sayang sangat dekat kita ini. Tapi itu masa bercinta, selepas beberapa tahun berkahwin. Membebel ini seumpama merimaskan, di samping membuat diri yang mendengar ini tidak selesa di rumah. Tapi sampai bila nak larikan diri dari bebelan si isteri ini. Jadi mari tangani perkara ini agar hubungan lebih harmoni.



1. Berdiam diri jangan menjawab.

Apabila anda melihat isteri atau si dia sedang membebel elakkan untuk menjawab apa-apa sahaja yang keluar dari mulutnya. Tidak pun, jangan menyuruhnya diam. Seperti “awak boleh diam tak? Pening kepala saya dengar awak bebel” atau “membebel aja awak ini, diam boleh tak?”. Jangan lakukan hal ini kerana ia akan membuatkan pasangan anda itu akan terus membebel dan membuatnya lambat untuk berhenti.

2. Belajar memujuk.

Selain itu, jika anda melihatnya membebel apa kata anda cuba memujuknya dengan membantunya melakukan kerja rumah atau kerja dapur. Di samping itu buat tidak endah sahaja apa yang dikatakannya. Jangan tunjukkan anda terlalu tertekan dengan setiap bebelannya. Pasti secara automatiknya dia akan mula diam sendiri.

3. Mudahkan kata ‘maaf’.

Di samping itu juga, mudahkan luah kata maaf. Walaupun itu bukan salah anda atau berpunca dari anda, kalau boleh katakan sahaja maaf. Ia sedikit sebanyak membantu isteri anda untuk bertenang sedikit.

4. Cuba tanya apa masalahnya.

Ini paling malas biasanya hendak dilakukan. Tapi jika sudah lama benar bebelannya, adalah lebih baik anda bertanya apa sebenarnya masalah dirinya. Dan apa punca si dia membebel. Jadi dengar sahaja luahan hatinya walaupun anda tidak mahu mendengarnya. Tapi jika dengar bebelannya baik dengar luahan hatinya.

Ikuti empat tips ini agar, hubungan anda dan pasangan lebih harmoni dan mudah dikendalikan. Tidak lah asyik berlari dan menyorok sahaja demi mengelakkan mendengar bebelan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,786 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen