Selidiki Dahulu Berita Tentang Pasangan Anda.

 

Salah faham boleh berlaku di kalangan pasangan rumah tangga atau yang baru menjalinkan hubungan disebabkan percaya akan kata-kata orang lain. Sebelum mempercayainya, adalah lebih baik kita melakukan hal tersebut:

1. Tanya.

Tanya sendiri kepada pasangan agar tidak timbul salah faham antara kedua belah pihak. Tanya dengan baik dan matang. Kita dapat kenali jawapan tersebut dusta atau benar melalui pandangan mata, tingkah laku, riak wajah dan tindakan pasangan.



2. Cari bukti.

Usah terus menuduh pasangan dengan sangkaan bukan-bukan. Cari terlebih dahulu bukti untuk memastikan kesahihan berita. Pastikan orang atau tempat yang dirujuk itu boleh dipercayai. Jika kita tahu orang yang menyampaikan berita itu seorang pendusta, jangan sesekali untuk mempercayai berita tersebut.

3. Teruskan sebarkan kebaikan.

Jika terbukti pasangan melakukan kesilapan, teruskan berbuat baik kepada dia. Mudah-mudahan dengan kita berbuat baik kepada pasangan, pasangan dapat memperbaiki diri disamping memperelokkkan lagi hubungan ke dua belah pihak.

4. Perbaiki diri.

Mungkin saja apa yang berlaku disebabkan kesalahan kita. Teruskan muhasabah diri ketika dilanda fitnah kepada anda dan pasangan. Fikirkan perkara yang berlaku, pasti ada hikmah yang tersembunyi.



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”

[Al Hujurat : 6]



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,209 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen