8 Sikap Buruk Lelaki Ini Boleh Menghancurkan Hati Wanita. Wahai Lelaki, Sedarlah.

 

Kelembutan itu merupakan fitrah wanita. Ketika wanita mampu menjadikan dirinya sebagai isteri dan ibu yang terbaik maka janganlah sakiti hatinya. Untuk menjadi pasangan yang terbaik, segeralah berubah jika anda memiliki salah satu daripada sikap yang dinyatakan ini.



1. Kasar.

Jiwa wanita umpama kapas. Sangat lembut dan sensitif. Kaum wanita sangat membenci segala bentuk perlakuan kasar baik secara fizikal mahupun perkataan. Hormatilah wanita lebih-lebih lagi daripada insan yang amat dikasihi.

2. Panas baran.

Wanita bukanlah musuh yang mudah untuk anda jadikan sasaran bagi melepaskan emosi serta api kemarahan. Sikap ini juga sangat dibenci oleh seluruh kaum wanita dan sama sekali tiada kompromi buat pasangannya yang mempunyai sikap buruk seperti ini.



3. Ambil kesempatan.

Tubuh wanita bukanlah boneka yang boleh diperlakukan sesuka hati. Apatah lagi objek untuk menempiaskan nafsu serakah. Wanita mempunyai perasaan dan mengharapkan penghormatan yang tinggi daripada seorang lelaki sebagaimana anda menghormati ibu dan adik-beradik perempuan anda.

4. Posesif.

Wahai lelaki, janganlah berperilaku posesif. Berikanlah kebebasan dalam beraktiviti. Jangan mudah cemburu, curiga mahupun berprasangka buruk terhadap kaum wanita. Sekali seorang wanita itu jatuh cinta dan dilayan dengan penuh kasih sayang nescaya mereka juga pasti akan membalasnya dengan cara yang sama kepada anda.

5. Tidak mahu ambil tahu.

Wanita sering kali merasa kesal dengan sikap sesetengah kaum lelaki yang tidak mahu mengambil tahu. Ketahuilah, wanita sangat berharap jika pasangannya dapat mengambil peduli seterusnya memimpin dan mengambil inisiatif dalam mengatasi sesebuah permasalahan.



6. Pemalas.

Sikap pemalas sememangnya sangat dibenci oleh semua orang, bukan sekadar wanita sahaja. Oleh itu, jadilah pasangan yang boleh menjadi kebanggaan. Terapkan semangat serta keinginan untuk bekerja demi menggapai impian bersama.

7. Gila kerja.

Ini pula adalah lawan bagi golongan yang malas kerja. Tidak dinafikan wanita memang suka lelaki yang kuat bekerja tetapi bukanlah jenis yang terlalu gila kerja hingga mengabaikan waktu untuk diri sendiri dan keluarga. Sedarlah bahawa kebahagiaan keluarga tidak boleh diganti dengan apa pun yang ada di dunia ini.

8. Tidak peduli kesihatan diri.

Merokok dan tidak menjaga pemakanan boleh menjejaskan kesihatan. Ada kalanya wanita sangat sedih dengan tabiat pasangannya yang tidak mahu mendengar nasihat. Ini kerana mereka benar-benar mengharapkan pasangannya menjadi contoh terbaik buat dirinya serta anak-anak khususnya dalam penjagaan kesihatan seterusnya menerapkan pola kehidupan yang sihat.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 382,647 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen