Tiga Ciri-ciri Wanita Terbaik Menurut Rasulullah S.A.W.

 

Hari ini, ramai pakar-pakar cinta mengeluarkan fakta tentang bagaimana ciri-ciri wanita terbaik menurut pandangannya. Mungkin saja benar, mungkin juga tidak. Apabila kata-kata datang daripada Rasulullah s.a.w, sudah tentunya kita boleh percaya kerana Rasulullah bersifat al-amin (dipercayai). Baginda tidak pernah berbohong hatta untuk membuat lawak sekalipun.



Dalam menyatakan hal ini, Rasulullah pernah mengungkapkan ciri-ciri tersebut dalam sebuah hadis:

قِيلَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ النِّسَاءِ خَيْرٌ قَالَ الَّتِي تَسُرُّهُ إِذَا نَظَرَ وَتُطِيعُهُ إِذَا أَمَرَ وَلَا تُخَالِفُهُ فِي نَفْسِهَا وَمَالِهَا بِمَا يَكْرَهُ

Rasulullah s.a.w ditanya; Siapakah wanita yang paling baik? Beliau menjawab: “Yang paling menyenangkan jika dilihat suaminya, taat jika diperintah suaminya, jika suami tiada di rumah, dia akan menjaga diri dan harta suaminya.”

(HR. An Nasa’i)




1. Menyenangkan.

Menyenangkan boleh dirujuk kepada penglihatan. Muka yang cantik, pakaian yang kemas. Yang paling penting di sini hendaklah seseorang wanita itu kemas apabila berada dihadapan suami, tenang mata memandang. Menyenangkan juga boleh merujuk kepada hati, jika hati seorang suami tetang, tentunya memandang isterinya juga amat disukainya.

2. Mentaati suami.

Jadilah wanita yang taat akan suami. Apabila dia berkata, patuhilah. Jika ada perkara yang perlu dibincang, bincanglah dengan baik dan sopan. Seorang suami juga disarankan agar menjaga perasaan isteri. Dia seorang isteri yang berpenat lelah untuk suaminya, maka bantulah dia.

3. Menjaga diri dan harta suami.

Wanita solehah tidak akan menimbulkan syak wasangka suami terhadapnya. Dia boleh meninggalkan rumah dengan perasaan yang amat tenang kerana mengetahui isterinya akan menjaga tingkah laku saat dia keluar dari rumah dan akan menjaga segala harta dengan baik tanpa dia perlu menyimpannya di tempat lain. Kerana percaya, dia bahagia.


Jika seorang lelaki ingin memilih pasangan hidup, pilihlah yang menyenangkan apabila melihat seorang wanita. Kerana hanya kaca mata anda saja dapat mengetahui kecantikkan apakah yang membuat ketenteraman pada hati anda itu muncul saat melihatnya. Sekiranya anda yakin si dia boleh taat kepada anda, menjaga diri dan harta kelak. Silakan ambilnya segera.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,027 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen