Lima Langkah Mudah Tambat Hati Si Dia Untuk Jalinkan Hubungan Yang Lebih Serius.

 

Memikat hati lelaki ini tidak susah pun, jika anda dan dirinya telah menjalinkan hubung. Yang susah apabila anda dan dirinya belum menjalinkan hubungan percintaan. Tapi kalau dah jalinkan hubungan pun, si dia masih tidak menunjukkan tanda-tanda yang serius terhadap anda. Macam mana pula ye? Mungkin anda kena pikat hatinya lebih sedikit, sebab ada kemungkinan si dia merasakan anda belum bersedia ataupun tidak serius terhadap perhubungan.



Jadi apa yang anda perlu lakukan untuk menunjukkan anda serius dan telah bersedia untuk ke alam rumah tangga? Ha, di sini terdapat beberapa tips untuk memberi hint serta memikat hatinya agar cepat-cepat menjadikan anda isterinya.

Antara perkara utama yang anda perlu lakukan adalah, memberi layanan yang baik terhadap ibu bapanya. Apabila anda mengikutnya pulang ke kampung, anda perlu mengambil peluang keemasan ini untuk menambat hatinya. Beramah mesra dengan ibu dan bapanya. Membantu ibunya di dapur. Berbual bersama bapanya ketika bapanya menonton televisyen. Hal ini kerana, ibu bapa akan memainkan peranan terhadap si dia. Yelah kalau ibu bapa kata okay, anak mesti lah okay juga kan?

Seterusnya, cuba anda masakkan makanan kegemarannya. Tidak pun, cuba memasak makanan seperti ibunya. Kadang kala anak lelaki ini dia tak nak ke hubungan yang serius sebab tak jumpa sesiapa yang boleh masak seperti ibunya. Jadi apa kata anda cuba belajar memasak gaya ibunya. Mesti ‘on’ lah lepas itu.

Anak buah juga memainkan peranan penting untuk memikat hati si jejaka ini, terutama anak buah si dia. Dari gaya anda bermain dengan anak buahnya pasti akan membuat si dia senang hati. Lelaki kan lebih terpikat dengan gadis yang ada sifat keibuan ini. Pasti dia akan nampak sifat itu di dalam diri anda. Jadi jangan lepaskan peluang ini.



Ini juga salah satu yang lelaki suka, yelah, mana nak dapat perempuan yang sokong minat lelaki ini. Anda sokong apa sahaja minat si dia. Yang penting si dia tahu batasnya dan tidak berlaku curang di belakang anda. Sebagai contoh, jika si dia minat bermain video games, tak salah juga anda bermain bersamanya. Kalau anda tidak minta permainan itu, anda boleh sahaja ambil peluang untuk menemaninya bermain.

Jangan terlalu mengongkong pasangan anda, ini akan membuatkan si da rimas. Sebagai contoh, anda menghalangnya untuk berjumpa rakannya. Jangan halang, biarkan sahaja. Berikan si dia sedikit ruang untuk menikmati masa-masa bersama rakan-rakannya. Sebab nanti apabila anda telah berkahwin dengannya, masanya khas untuk anda. Dia pasti akan meninggalkan rakan-rakan lepaknya. Jadi buat masa ini biarkan sahaja.

Memikat hati lelaki ini mudah sahaja apabila anda telah berada dalam satu hubungan. Cuma menyukarkan apabila si dia tidak mempunyai tanda-tanda mahu serius dengan anda. Tapi tips-tips di atas anda boleh mencuba untuk membuat si dia yakin dan percaya bahawa anda adalah yang tepat.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 448,306 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen