Lelaki Suka Barang Berjenama, Menjaga Kecantikan Dan Menunjuk Di Media Sosial? Awas, Dia Mungkin Narsisistik!

 

Kehidupan kita sering dikelilingi individu narsisistik. Mereka sentiasa berbicara tentang pencapaian terhebat, sentiasa berasa lebih cantik atau pintar daripada orang lain serta menginginkan perhatian pada setiap masa. Tapi bagaimana jika lelaki yang anda kahwini, adalah seorang narsisistik? Awas, kerana ada sifat negatifnya yang berbahaya atau memanipulasi kelebihan anda sebagai isteri. Perhatikan 10 ciri-ciri lelaki narsisistik ini jika ia mirip suami anda.



1. Dia adalah subjek kegemarannya.

Individu narsisistik suka bercakap dan pada kebanyakan masa adalah tentang diri mereka. Golongan ini akan menukar setiap topik agar ia ada kena-mengena dengan diri mereka. Sebaik saja melihat anda mula tertarik, dia perlahan-lahan akan menunjukkan perangai yang sebenar.

2. Tahu siapa orang penting.

Dalam perkahwinan, suami anda mungkin sudah mengkaji siapakah orang-orang yang anda segani serta menjadikan mereka modal untuk menyakiti anda. Contohnya ibu bapa, ibu saudara atau rakan yang berkedudukan. Dia akan berkali-kali menyebut tentang kelebihan mereka serta membanding-bandingkan dengan kehidupan yang anda jalani.



3. Suka barangan berjenama.

Dompet Louis Vuitton, sepatu Bally, tali pinggang Hermes serta sut Dior mungkin antara yang tersusun kemas di gerobok suami anda. Dia memang sukakan barangan mewah dan berjenama kerana ia merupakan lambang status yang tinggi. Bukankah dia suka apabila semua mata tertumpu kepadanya?

4. Selalu menjaga penampilan.

Berbeza dengan lelaki lain, suami anda suka mandi berjam-jam dan menghabiskan banyak masa di depan cermin. Dia juga mahukan anda dan ahli keluarga yang lain sentiasa kelihatan sempurna seperti dirinya. Bagaimana rupa anda di khalayak juga membiaskan kehebatan dirinya.

5. Menunjuk-nunjuk di media sosial.

Selang satu jam pasti ada status baru yang dikemas kini oleh suami anda. Dia suka mengumpul rakan atau followers yang ramai supaya dapat menunjuk-nunjuk kepandaian atau kekayaan yang dimiliki. Begitu juga swafoto dan rakaman #OOTD.



6. Mengambil tapi jarang memberi.

Sebelum anda sedari, lelaki yang sebelum ini sentiasa memberikan seluruh perhatian dan kasih sayangnya kini menjadi seseorang yang hanya tahu mengambil tapi tidak mahu memberi. Dia berasakan wajar diberi perhatian dan tidak kisah pun tentang anda. Dia juga berharap anda sentiasa membuat perancangan mengikut keperluan atau kepentingannya.

7. Kuat sentap.

Seorang suami yang narsisistik mempunyai sifat kebudak-budakan dan tantrum yang menjengkelkan. Jika anda tidak bersetuju dengan sesuatu, bersedialah untuk berdepan kemarahan kerana dia sentiasa ingin menang. Silap gaya, si dia mungkin mengamuk dan boleh mencederakan. Sikapnya yang mudah terasa dan ‘kuat sentap’ juga membuatkan dia kurang peduli terhadap perasaan anda.



8. Lantik diri sebagai ketua.

Mereka percaya bahawa mereka adalah lebih hebat dari orang lain dan layak menjadi orang penting. Dia tidak suka dipersoalkan, selalu memberi arahan dan tidak suka jika disuruh membuat kerja rumah. Baginya, dia adalah ketua dan hanya ketua yang boleh berbuat apa saja.

9. Memperkecil-kecilkan orang lain.

Dengan sikapnya yang suka mengarah, dia selalu memandang rendah dan memperkecil-kecilkan orang lain, termasuk isteri sendiri. Dia akan mengejek kejayaan atau kelebihan anda, malah langsung tidak memberi motivasi agar anda maju dalam kerjaya. Dia suka melihat anda bersedih agar anda tidak yakin untuk meninggalkan dirinya. Manipulation is fun for them!

10. Tidak mahu bertanggungjawab langsung.

Semua orang salah kecuali dirinya. Dia suka menuding jari kepada orang lain... Bos, staf bawahan, anak-anak, anda... Dan jangan haraplah untuk mendengar perkataan maaf daripada bibirnya! Sikapnya yang suka mengawal boleh mendatangkan musibah kepada perkahwinan anda berdua.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,797 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen