“Maaf, Dia Sudah Berpunya..” Si Dia Overprotective, Sebenarnya Elok Atau Tidak?

 

Beribu lelaki yang kita kenal, beribu jugalah ragamnya. Ada yang biasa-biasa sahaja dal perhubungan, ada yang serius dalam setiap hal, ada yang endah tak endah fasal pasangan dan macam-macam lagi.



Tapi, kalau si dia overprotective, itu tanda si dia betul-betul sayang atau hanya merimaskan pasangan? Ada wanita yang suka jika miliki pasangan yang begini. Ada pula yang kata ia merimaskan kerana belum ada ikatan yang sah. Anda pula bagaimana?

Overprotective dengan mengongkong ini tidak sama ye. Mengongkong lebih kepada menyekat perbuatan dan kehendak pasangan. Sebagai contoh, gadis A perlu meminta izin kepada kekasihnya setiap kali hendak keluar bersama rakan, namun jika kekasihnya tidak mengizinkan, gadis A tidak boleh pergi.



Sedangkan overprotective pula lebih kepada perasaan sense of belonging ataupun sifat kepunyaan. Maksudnya si dia lebih suka mempamerkan anda dan seolah-oleh ingin orang lain tahu tentang hubungan kalian supaya gadis tersebut tidak diganggu orang lain.

Lelaki seperti ini sukar untuk dicari dan dijumpai. Yang banyak adalah sifat mengongkong. Namun, walau apa pun jua sifat kekasih anda, hargailah dia kerana di dalamnya tersimpan keistimewaan yang tidak dimiliki oleh orang lain. Kerana setiap manusia itu berbeza-beza rupa paras serta hati budinya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,626 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen