Sudikah Awak Menjadi Wanita Kedua Dalam Hidup Saya?

 

Pada zaman serba moden ini, banyak hukum yang telah diletakkan di belakang. Misalnya siapa yang paling penting bagi seorang suami? Ibunya atau isterinya? Sebagai seorang lelaki, sebelum berkahwin, anda perlu tahu dan sentiasa ingat bahawa ibu adalah insan yang paling utama kerana syurga anda terletak di bawah kakinya.



Lain pula bagi seorang isteri, selepas berkahwin, suami adalah yang paling utama kerana di situlah terletaknya syurganya.

Berlainan pada masa kini, banyak perkara yang sudah tertukar. Isteri pada masa ini adalah lebih penting berbanding ibunya dalam hidup si suami. Apa sahaja kehendak yang isteri mahu pasti akan dituruti oleh suami itu. Sehinggakan suami kadang kala lupa tanggung jawab terhadap ibunya.

Seeloknya, sebelum berkahwin, si lelaki perlu menanyakan dahulu bakal isterinya. “sudikah awak menjadi wanita kedua dalam hidup saya?” Jika jawapannya adalah ya, ia bermakna si dia akan memahami tanggungjawab anda terhadap ibu anda dan sedar ibu adalah keutamaan bagi diri anda.

Tanggungjawab di sini bukanlah mengenai nafkah ataupun melebihi si ibu berbanding si isteri. Tanggungjawab di sini ialah menjenguk ibunya di kampung, atau bertanya khabar. Apa yang boleh dilihat sekarang ini, ramai sahaja apabila sudah berkahwin jarang untuk bertanya khabar orang tua. Nak pulang ke kampung pun liat. Bila si ibu meminta tolong atau kesusahan diabaikan sahaja. Tapi apabila dalam kesusahan, si ibu pula yang dicari.

Memiliki isteri yang memahami adalah impian setiap lelaki. Hal ini kerana untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak menyedapkan hati berlaku. Tidak pun perkara yang menyakiti hati pihak-pihak yang terlibat.

Kepada para isteri atau bakal bergelar isteri, hormatilah suami mu dan ibunya. Ini kerana syurga suami mu itu adalah ibunya. Jadilah wanita yang memahami supaya nanti anak mu juga akan mengikuti jejak orang tuanya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,754 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen