Allah Memberi Apa Yang Kita Perlu, Bukan Apa Yang kita Mahu.

 

Kita merancang, Allah juga punya perancangan. Sebaik-baik perancangan, adalah perancangan Allah. Kerana Dia lebih mengetahui kemampuan hamba-Nya. Apa yang kita mahu tidak semestinya kita dapat. Ya. Tetapi ada yang bermain di fikiran kita. Kenapa Allah memberikan ujian tersebut? Ini antara sebabnya:



1. Rindu mendengar rintihan hamba-Nya.

Allah menguji hamba-Nya, pasti ada sebab tertentu kenapa Dia menguji. Antaranya adalah kerana dia mahu hamba-Nya dekat dengan pencipta. Dia mahu hamba-Nya tinggalkan perkara mungkar yang pernah dilakukan. Bukankah Maha Pengasihnya Allah itu? Sering kali juga kita meminta jodoh terbaik buat kita, tapi lambat pula Allah datangkan. Ya. Sebab dia mahu kita lebih dekat dengannya, menjadi seorang yang lebih baik, kemudian barulah Allah berikan terbaik buat kita. Dia mempunyai perancangan tersebunyi buat hamba-Nya. Punya misteri yang kadang kala tak terjangkau di fikiran kita.

2. Allah mahu mengantikan dengan yang lebih baik.

Allah tidak akan meninggalkan hamba-Nya keseorangan. Bahkan apabila kita selangkah mendekatinya, Dia seribu langkah mendekati kita. Mintalah kepada Allah agar digantikan seseorang yang lebih baik dalam kehidupan kita. Allah maha mengetahui seseorang itu sesuai ataupun tidak untuk kita. Kerana Dia mahu memberi apa yang kita ‘perlukan’, bukan apa yang kita ‘mahukan’.

3. Balasan kebaikan.

Yakinlah. Dengan setiap ujian yang menimpa hamba-Nya, pasti Allah memberikan pahala buat kita. Ada manusia dari kecil hingga dewasa dia ditimpa ujian bertubi-tubi, tidak mengapa. Bersabarlah. Kerana Allah itu suka akan hamba-Nya yang bersabar.


Ingatlah janji Allah ini kepada kita, apabila kita ditimpa musibah, lalu berkata innaa lillahi wa innaa ilaihi raaji’un, maka kita akan mendapat keberkatan yang sempurna, rahmat dan mendapat petunjuk darinya.

Hapuskan air mata, dan senyumlah.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,499 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen