Mengapa Perasaan Cinta Boleh Berubah Kepada Benci?

 

Apabila pertelingkahan antara pasangan berlarutan sehingga menerbitkan rasa benci, kata putus akan terungkap. Di sini la perceraian akan berlaku, jika anda telah berkahwin. Hubungan anda dengan di sida sudah tidak dapat di selamatkan lagi. Pelbagai cara dan kaedah untuk menyelamatkan hubungan, tetapi buntu dan tiada penyelesaian. Walaupun sudah bertemu dengan pakar kaunselor, kalian masih juga tidak dapat merasakan kejujuran pasangan.

Jika perasaan menyampah, masih lagi hubungan boleh dibaiki. Tetapi, bagaimana pula dengan benci? Jadi mengapa perasaan cinta anda boleh berubah kepada benci? Sudah tidak mahu duduk sama bumbung, tidak gemar melihat wajah pasangan yang dahulu anda tergila-gilakan. Jom baca!

1. Pihak ketiga.

Isu ini sering menjadi masalah utama di dalam hubungan. Masyarakat seperti tidak mengambil kisah tentang merampas kebahagiaan insan lain. Lebih rela mementingkan diri sendiri untuk bahagia, jika insan lain sengsara dan menderita. Di pendekkan cerita, pasangan anda curang pada pihak ketiga. Jika anda pernah mendengar perumpamaan “Jika anda mencintai insan yang kedua, ketika anda mempunyai pasangan, pilihlah insan yang kedua itu”

Tidak adil bukan, pada cinta pertama anda?

2. Tidak dihargai.

Perasaan tidak dihargai, berkali-kali. Jika ia baru terjadi untuk pertama kali, anda masih boleh bersabar. Kali kedua, anda cuba untuk bersabar. Kali ketiga, masih memberi si dia peluang. Adakah si dia layak menerima cinta anda, jika telah diberi peluang berkali-kali, tetapi tidak dihargai? Sudah lah tidak pernah mencuba mengemas rumah, kata-kata manis dan sayang pula tidak pernah diungkap. Selepas makan tidak pernah menolong untuk membasuh pinggan, adakah pasangan anda robot?

3. Bosan

Sukar juga apabila menjadi seseorang yang terlalu cepat merasa bosan. Pantang jika pasangan mempunyai tabiat atau habit yang sama setiap hari, seperti masih lagi tidak mengenal diri anda sendiri. Sebahagian daripada kita mungkin merasakan perkara yang sama tidak perlu di ulang berkali-kali.

“Awak dah lupa ke, saya dah bagitahu benda ni 2 kali siang tadi, berapa kali saya nak kena ulang?”

“Alaa, bagitahu je la, saya kan cepat lupa”

Maka, mahu menyalahkan pihak mana? Hanya perkara kecil sahaja, cinta mudah berubah kepada benci.

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 315,446 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen