Perkara Yang Dilarang Menjadi Topik Perbualan Ketika Pertama Kali Pergi ‘Dating’.

 

Selepas berbual panjang di telefon atau di media sosial pasti anda ingin bertemu dengan orang yang anda kerap berkongsi itu. Yelah, tidak akan nak berbual hanya di dalam telefon sahaja. Mesti la nak kenal lebih mendalam peribadinya dan gaya percakapannya. Tidak pun ia adalah langkah seterusnya sebelum mula ke langkah yang lebih serius. Jadi mestilah nak jumpakan?

Pasti setiap pasangan akan merasai saat pertama kali berdating ini. Mesti nervous kan? Tak tahu perkara apa yang hendak dibualkan nanti. Mestilah agak risau, sebab ini adalah tanggapan pertama si dia terhadap anda. Bagi menggelakkan mendapat tanggapan yang buruk, terdapat beberapa perkara yang anda boleh elak di dalam topik perbualan anda.



1. Hubungan yang lepas.

Perkara yang anda boleh elakkan untuk bercakap adalah bercakap mengenai perhubungan terdahulu. Sama ada bagi diri anda ataupun dirinya. Kalau si dia bertanya, lebih baik anda cuba menggelak dengan seteliti mungkin. Hal ini kerana, topik perbualan ini hanya akan mengeluarkan aura negatif terhadap situasi ketika itu. Di samping itu juga, si dia pasti akan menganggap anda masih belum cukup move on lagi. Jadi macam mana nak ke langkah seterusnya nanti…

2. Keadaan kewangan si dia.

Selain itu juga, elakkan untuk bercakap mengenai keadaan kewangan di dia ataupun anda. Janganlah tanya berapa gaji dia, ada hutang bank ke atau berapa biji rumah. Itu semua tidak perlu. Anda boleh bertanya mengenai hal tersebut apabila anda sudah berada dalam perhubungan serius dengannya. Buat masa ini elakkan untuk mengetahui hal kewangannya. Nanti anda akan di cap mata duitan pula. Jadi buat masa ini jangan kisah mengenai kewangannya dahulu.

3. Keadaan emosi anda.

Emosi juga turut memainkan peranan penting. Yelah, kalau tiba-tiba anda datang dalam keadaan marah-marah mestilah si dia takut dan angkat kaki. Cuba kawal diri anda daripada di ganggu oleh emosi-emosi yang negatif. Kalau boleh bagi nampak manis dengan senyuman sahaja. Baru lah si dia terpikat dengan anda.

4. Masalah peribadi.

Di samping itu juga, elakkan untuk bercakap mengenai masalah anda. Ataupun apa yang si dia atau anda lalui hari itu. Sebagai contoh masalah kerja ke? Baru lepas di tipu kawan baik ke? Semua itu jangan dibualkan pada pertama kali perjumpaan ini. Nanti si dia akan menganggap anda membosankan kerana hidup dikelilingi masalah.

5. Hal politik atau agama.

Tidak lupa juga, elakkan bercakap mengenai politik atau agama. Hal ini kerana, terdapat sesetengah pihak akan merasa sangat sensitif terhadap isu ini. Berbual mengenai perkara yang serius ini akan menyebabkan suasana di situ menjadi tegang. Yelah, bila cakap fasal isu sensitif ini mana lah seronok kan?

6. Puji diri sendiri.

Dan yang paling penting, jangan sentiasa bercakap mengenai diri sendiri. Ia seumpama anda sedang memuji diri anda sendiri. Kalau anda sahaja bagus dan hebat, mestilah buatkan si dia meluat dengan anda. Tup tup terus tak mahu berhubung langsung dengan anda. Melepas lah anda nanti.

Ini adalah beberapa tips bagi orang yang pertama kali ingin keluar bersama dengan pasangan anda. Macam ‘blind date’ gituuu. Walau bagaimanapun, ia bergantung pada individu terbabit. Tetapi biasanya orang lebih selesa berbual perkara yang santai untuk pertama kali ini.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 383,716 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen