Lebih Baik Daripada Seribu Bulan, Wanita Mesti Paksa Diri Untuk 10 Malam Terakhir Ini.

 

Bulan puasa adalah extra work untuk wanita. tapi extra work means extra pahala. Mendekati 10 malam terakhir dalam bulan Ramadhan, bertemu pensyarah yang juga pendakwah bebas, Prof Madya Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail sewaktu majlis ilmu 'Wanita, Puasa & Ramadhan' hari ini. Menurut beliau, bulan puasa adalah extra work untuk wanita sebab bukan saja perlu berpuasa dan bekerja, malah terpaksa bangun awal menyiapkan sahur untuk keluarga. "Jangan mengeluh keadaan ini kerana extra work means extra pahala. Rebut puan puan, bulan puasa saja yang ada ganjaran berlipat kali ganda," katanya



Amalan 10 malam terakhir Ramadhan.

Saidina Aishah (RA) berkata bahawa Nabi bersabda:

'Carilah Lailatul Qadar pada malam bernombor ganjil pada sepuluh malam terakhir Ramadhan'.

Baginda bersabda: 'Sesiapa yang sembahyang pada malam Qadar (Lailatul Qadar) dengan penuh keimanan dan harapan untuk mendapat ganjarannya, maka semua dosa-dosa sebelum ini akan diampunkan.' (Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah).



Melakukan iktikaf.

Orang-orang yang beriktikaf tinggal di masjid sepanjang masa ini, melaksanakan pelbagai bentuk amalan (mengingati Allah), seperti membuat solat sunat, membaca dan memahami Al-Quran. Ia juga adalah amalan Rasulullah sepanjang menghabiskan sepuluh malam terakhir Ramadhan.

Sentiasa beribadah.

Kali ini luangkan masa dengan memberi tumpuan kepada ibadah dan bersyukur kepada Pencipta kita untuk mendapat keredaan-Nya. Berjagalah pada waktu malam untuk berqiamulail. Jangan risau tentang keadaan kerja pada keesokan hari, kerana InsyaAllah ia akan baik-baik saja.

Bertaubat.

Dosa kita terlalu banyak, maka cubalah untuk berdoa dengan lebih panjang, lebih dihayati makna-maknanya. Jika anda sudah biasa dengan surah yang panjang, baca terjemahan dan penjelasan. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah berkata: 'Sesiapa yang berdiri (mengerjakan sembahyang) pada malam Lailatul Qadar, mengharapkan pahala dari sisi Allah, semua dosanya pada masa lalu akan diampuni.' [Bukhari dan Muslim).



Berbuka dengan keluarga.

Jika kita selalu menghabiskan masa berbuka pada hari-hari bekerja di tempat kerja, kini beberapa hari terakhir Ramadhan ini habiskanlah masa berbuka dengan keluarga kita.

Merenung makna Al-Quran.

Pilih surah yang anda pernah dengar dalam solat tarawih atau semasa membaca terjemahan dan Tafsir. Kemudian berfikirlah secara mendalam tentang makna surah tersebut dan bagaimana ia akan memberi kebaikan kepada anda.

Buat senarai doa peribadi.

Tanya diri kita apa yang kita benar-benar mahukan dari Allah. Buat senarai setiap dan segala-galanya, tidak kira betapa kecil atau berapa besar, sama ada ia berkaitan dengan dunia ini atau tidak. Allah sangat suka mendengar doa dan permintaan daripada hambaNya.

Amalkan doa panjang, ikhlas dan mendalam.

Salah satu masa terbaik untuk melakukannya ialah pada bahagian terakhir malam. Bangun satu jam sebelum masa sahur untuk meminta kepada Allah semua yang kita mahu. Ini boleh dilakukan dengan doa dalam bahasa kita sendiri (tidak semestinya bahasa arab), dengan ikhlas dan keyakinan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 383,716 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen