Tips Meluahkan Kata Cinta, Tanpa Mengungkap I Love You?

 

Bagaimana anda tahu, jika pasangan itu tidak dapat melihat atau kurang upaya dari segi penglihatan dapat merasakan cinta antara mereka berdua? Sudah tentu melalui perbuatan dan sentuhan tangan. Tetapi jika pasangan itu bisu, bagaimana untuk mengungkapkan kata cinta setiap hari?  Tanda syarat tanpa henti? Mengapa mahu menyeksa diri, jika anda masih lagi menjadi manusia yang cukup pancainderanya?



Jika sayang, luahkan. Jika cinta, tunjukkan. Bagaimana anda mahu menunjukkan rasa cinta, jika malu? Nanti bertepuk sebelah tangan, muka juga yang perlu di sorokkan dahulu.

1. Masak makanan kegemaran si dia, dan kepada yang telah berumah tangga jangan lupa untuk menyuapkan makanan kepada pasangan.

2. Mengemas rumah tanpa rasa penat, jangan lupa melipat baju kerana ia adalah aktiviti yang sangat memenatkan pada si isteri.

3. Ketika hujan, jangan lupa payungkan pasangan anda. Bagaimana kalau kalian tiada payung ketika itu? Jika benar dia mengasihi anda, apa sahaja di tangan atau segala barang di sekeliling akan dijadikan sebagai teduhan.

4. Apabila anda berkomunikasi dengan si dia, jangan lupa off atau silent telefon bimbit anda. Renung ke mata dia dan tersenyum jika lucu.

5. Menyokong segala cita-cita si dia.



6. Sentiasa bertanya khabar tentang si dia, perasaan dan hati dia ketika itu.

7. Sentiasa mengungkapkan kata maaf jika anda yang bersalah, dan mengucapkan kata terima kasih setiap kali si dia memberi pertolongan.

8. “Jangan lupa pergi klinik, makan ubat, saya tak suka tengok awak lemah & sakit. Tanpa awak, saya kosong”

9. Jangan lupa tinggalkan sedikit makanan untuk si dia jika ketika itu anda sedang menikmati pizza.

10. Berikan 3 kuntum bunga mawar berwarna merah kerana mawar merah melambangkan cinta, dan 3 kuntum bunga sebagai ‘I LOVE YOU

11. Ketika si lelaki menghantar kekasih hati pulang ke rumah, jangan lupa menunggu si dia sehingga menutup pintu.

12. Jangan lupa perkenalkan si dia kepada ahli keluarga jika anda bakal berumah tangga, pasti si dia tahu bahawa anda amat menyintainya dan mahu sehidup semati bersama.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,218 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen