Keutamaan Dalam Memberi Nafkah.

 

Melihat kepada situasi hari ini, ramai yang tidak memahami hierarki dalam memberikan nafkah terhadap keluarga. Yang mana perlu didahulukan, dan yang mana perlu dikemudiankan. Jika kita tidak mengambil berat akan hal ini, usah menyesal dikemudian hari kerana perkara ini perlu didalami dengan serius oleh seorang suami dan isteri.



Dalam Islam, Islam menuntut seorang suami untuk memberikan nafkah mengikut turutan tersebut:

1. Diri (keperluan suami)
2. Isteri
3. Anak
4. Bapa
5. Ibu
6. Cucu
7. Datuk
8. Saudara
9. Ahli keluarga seterusnya


Jadi, berdasarkan turutan tersebut, jelas seorang suami hendaklah mendahulukan isterinya terlebih dahulu seterunya barulah kepada turutan selanjutnya. Jika isteri seorang yang berkemampuan sekalipun, nafkah itu tetap perlu diberikan. Asingkan terus perbelanjaan tersebut, kemudian barulah diberikan kepada orang berikutnya agar tidak berlaku permasalahan dikemudian hari.


Banyak kes penceraian rumah tangga di Malaysia berlaku disebabkan hal ini. Oleh demikian, sang suami perlu lebih cakna mengenai nafkah. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w memberi peringatan kepada suami dalam nafkah kepada ahli keluarganya dan dikira berdosa sekiranya mengabaikan tanggungjawab tersebut.

“Seseorang itu adalah berdosa jika mengabaikan nafkah ke atas orang yang ditanggung.”
[Riwayat Abu Daud]

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 413,595 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen