Apakah Punca-Punca Remeh Yang Menyebabkan Hubungan Anda Dan Si Dia Berantakan?

 

Kurangnya komunikasi dan kewangan yang tidak stabil adalah salah satu punca utama perkahwinan itu mula goyah. Pasangan sering mengungkapkan kata putus jika situasi ini terjadi. Tetapi jangan terkejut, di Malaysia, terdapat juga perceraian berlaku hanya kerana perkara yang remeh dan boleh diselesaikan jika betul caranya. Berkemungkinan, pasangan yang berkahwin itu masih muda dan tidak matang.

Di samping itu, mereka juga kurangnya ilmu kekeluargaan dan tidak di bimbing daripada awal. Punca remeh ini juga lah yang menyebabkan pergaduhan itu berlarutan sehingga hari yang berikutnya. Malah, punca tersebut dijadikan sebagai isu yang sangat besar.

Jadi, apakah punca-punca remeh atau “small matter” yang menjadi peperangan mulut antara pasangan? Jom Baca!

1. Tidak mengucapkan ‘I love you’.

Ya, masih ramai lagi wanita yang menagih ungkapan ‘I love you’ walaupun peribadi luarannya kelihatan ego dan keras. Bekerjaya dan mempunyai jawatan tinggi, tetapi diri mereka masih inginkan kasih sayang daripada kekasih hati. Jika mereka mengatakan, “alahhh, awak bagi bunga pun dah buat saya happy”. Wahai lelaki, jangan terpedaya kerana hati kecil mereka masih meronta-ronta untuk mendengar ungkapan itu daripada mulut anda sendiri. Kelak, akan di ungkit. Jangan merana ya!

2. Tidak memilih tempat makan yang bersesuaian.

“Saya nak makan tempat yang tak panas”. Bagi anda “okay, yang ada air cond, kipas besar yang ada air pun okay kot”. Tetapi bila sampai ke destinasi, si dia menjadi berang. Kenapa? Baginya, walaupun tempat itu berhawa dingin, tetapi masih ramai orang dan bersesak. Cerewet bukan? Jadi, jangan la terlalu berkias jika anda tahu pasangan anda blur.

3. Apa sahaja mengenai pakaian dan penampilan anda semuanya tidak kena.

“Apa ni? Tak gosok baju ke?”

“Sayang, kan dah bagitahu nak pakai baju warna pink hari ni, tak suka la tak matching!”

“Kenapa you pakai selipar jepun ni?”

4. Lambat membalas sms dan call.

“Alahai sayang, I ada meeting tadi”

“Yeke? Ke pergi lunch dengan perempuan lain?”

Kasihani pada pasangan. Kenapa anda perlu berfikiran negatif, jika anda boleh diberi pilihan untuk berfikiran positif? Jika tiada bukti, dan tiada sebab untuk menuduh, jangan mulakan pergaduhan ya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,838 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen