Panggilan Sweet, Mampu Mengeratkan Hubungan Perkahwinan.

 

Kepada yang telah berkahwin, berapa ramai antara kamu memanggil pasangan dengan panggilan yang sweet seperti sayang, abang, manja, ucuk? Apa perasaan anda ketika dipanggil dengan panggilan yang begitu manja? Rasa senang, tenang? Atau geli, menyampah? Eh, jangan la begitu. Bukan kah salah satu cara untuk mengeratkan hubungan perkahwinan, dengan memanggil pasangan dengan panggilan sebegitu.

Tidak salah bukan, kadang kala untuk merasakan hubungan yang romantis. Sayang adalah panggilan yang terlalu biasa dalam masyarakat kita. Tetapi bagaimana Rasulullah s.a.w memanggil isterinya? Dengan panggilan yang bagaimana? Di sebabkan martabat wanita itu sangat tinggi, panggilan terhadap isteri tercinta sangat romantik. Mungkin masyarakat kita tidak dapat mengamalkan, kerana terlalu bersyair dan sungguh puitis.

Contoh:

Panggilan indah untuk Siti ‘Aisyah, dipanggil dengan panggilan “Ya Humaira” (wahai si merah jambu), yang pipinya kemerah-merahan. Baginda adalah seorang yang pandai merayu kerana hati beliau yang sangat bersih, bening dan indah lalu ucapan yang terkeluar adalah dari lubuk hatinya yang paling dalam. Oleh itu, baginda telah mengolahkan beberapa syair yang indah untuk isterinya:

1. زَوْجَتِي أَنْتِ حَبِيْبَتِي أَنْتِ

    Zaujati (istriku) engkaulah kekasihku...

2. زَوْجَتِي …أَنْتِ حَبِيْبَتِي أَنْتِ

    Isteriku, engkaulah kasih dan cintaku...

3. نَهَارِي كَادِحٌ حَتَّى إِذَا مَا عُدْتُ لِلْبَيْتِ …لَقِيْتُكِ فَانْجَلَى عَنِّي ضَنَايَ إِذَا تَبَسَّمْتِ ..

    Siang hariku terasa kacau hingga tatkala aku kembali ke rumah..

    dan tatkala melihatmu maka dengan senyumanmu sirnalah semua gundah gulana dan kegelisahanku.

Jadi bagaimana pula balasan ungkapan yang paling manis dari si isteri untuk suami tercinta, jika telah dipanggil dengan nama-nama yang boleh membuat anda menjadi terawang-awangan?

1. لا أجد السعادة الاّ معك

   dibaca: laa ajidus sa’aadah illa ma’aka

   maksud: “aku tidak bahagia kecuali bersamamu.”

2. ما اجمل منظرك ! و أحبه اليّ

    dibaca: maa ajmalaa mandzoroka! wa ahabba ilayya

    maksud: “sungguh indah penampilanmu! dan aku sungguh suka gayamu..”

3. جزاك االه خيرا

   dibaca: jazaakallahu khairaa

   maksud: “Semoga Allah membalas kebaikanmu..”

Maka, bermanis-manis lah wajah kepada pasangan tercinta, jika seperti sudah memercik api kemarahan, tunggu reda, dan panggil lah dengan panggilan yang senang di dengar di halwa telinga.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,657 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen