Jodoh Tidak Akan Tertukar, Cepat Atau Lambat Ia Pasti Datang…

 

Ajal, maut dan jodoh sudah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Tidak mungkin tersalah mahupun tertunda walaupun sekejap. Bila ia tiba pada masa yang tepat dan ketika itulah jodoh datang menghampiri. Begitu juga jika beribu halangan yang kita perolehi, jika sudah memang dia tertulis untuk kita, maka dia tidak akan menjadi jodoh orang lain.



Mungkin di saat ini kita sedang berbahagia menjaga jodoh orang lain. Hal ini kerana kita tidak tahu dan masih mencari siapa jodoh kita yang sebenar. Jika anda masih belum melihat tanda-tanda bahawa dia adalah jodoh anda, jangan terlalu berserah hati kepadanya. Kerana ia akan mengakibatkan anda terluka. Bentuk dan kawal hati agar anda tidak terikut dengan nafsu. Hal ini kerana untuk mengelakkan anda terluka dan menyesal di kemudian hari.

Sekiranya anda masih merasa ragu-ragu terhadap hubungan anda yang telah terbina. Tamatkan sahaja hubungan tanpa ikatan itu. Persiapkan diri anda untuk menemui jodoh anda yang sebenar. Mungkin jodoh yang sebenar itu sedang melihat anda tapi disebabkan anda bersama yang lain menjadikan ia lambat menghampiri anda. Banyakkan bersabar dan ikhlaskan apa yang telah terjadi.

Jodoh itu bukan dicari, tetapi ia perlu dibentuk. Sia-sia sahaja anda cuba mencari jodoh anda, tetapi anda tidak pernah membentuk peribadi sendiri. Jangan mengharapkan mendapat jodoh idaman jika diri sendiri tidak menjadi idaman jodoh. Jadilah seperti jodoh yang anda mahukan itu dahulu sebelum memulakan pencarian.

Milikmu adalah milikmu, ia tidak akan pernah tertukar walaupun sedikit. Jika masih tertanya-tanya mengenai jodohmu, berdoalah, pintalah dari-Nya.

“Ya Allah, jika dia baik untukku demi masa depanku, satukanlah kami dalam istilah cinta yang berakhir dengan perkahwinan, tetapi jika dia tidak baik untukku, juahi dan pisahkan kami dengan cara yang baik sebagai sahabat dan kenalan.”

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,362 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen