Ibu Bapa Tidak Merestui Perkahwinan. Apa Pandangan Agama?

 

Antara sebab disyariatkan berkahwin adalah untuk menambahkan keceriaan dan rasa hidup yang tenteram dalam berumah tangga. Apabila seorang lelaki melihat si dia dan merasa sangat suka melihatnya, sopan tutur katanya, dan berkenan di hati untuk dijadikan dia sebagai seorang Isteri, adalah lebih baik dia mempercepatkan perkahwinan tersebut. Ketenangan menurut hati seseorang berbeza mengikut cita rasa masing-masing, oleh itu pilihan terbaik terletak kepada rasa cinta seseorang kepada pasangannya. Bukan pada rasa ibu dan bapa. Apapun, pilihlah pasangan yang baik agamanya.



Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Seorang janda tidak boleh dikahwini selagi dia belum memberi pendapatnya dan seorang anak dara tidak boleh dikahwini selagi dia tidak memberi persetujuan. Mereka bertanya:  Wahai Rasulullah, bagaimana kita mengetahuinya?  Baginda menjawab:  Jika dia diam.” 
[Riwayat Bukhari]



Hadis ini kita boleh jadikan sebagai panduan. Itu untuk mendapatkan persetujuan perempuan, untuk lelaki, adalah lebih lagi dibolehkan bagi memilih pasangan hidupnya sendiri.

Yang menjadi kerisauan kita adalah kehidupan berumah tangga kelak. Risau sekiranya kita tidak bertegur sapa dengan ibu bapa di kampung. Untuk demikian, bincanglah secara baik dengan mereka. Berikan hujan yang dapat mereka terima kenapa anda memilih si dia untuk dijadikan teman hidup. Berdoalah agar Allah membuka hati ibu bapa untuk menerima si dia sebagai sahabat suka duka. Tunjukkan akhlak yang baik terhadap mereka, mudah-mudahan urusan untuk membina rumah tangga dapat dilaksanakan.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,457 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen