Pakar Cinta mendedahkan 4 perkara penting yang harus anda cari dalam diri lelaki semasa ‘dating’.

 

Sebelum memilih calon pasangan, kita perlu teliti mengenai dirinya. Adakah si dia akan bertanggungjawab ke atas diri kita pada masa hadapan. Banyak perkara yang perlu dititik beratkan. Mungkin orang yang kita jumpa itu memenuhi cita rasa kita, tapi dari segi tanggungjawab bagai mana pula? Jadi, jangan hanya ingin sedap mata memandang tapi sakit di kemudian hari pasti tidak seronok kan? Terdapat beberapa perkara yang mungkin anda boleh lihat apabila keluar berdating dengannya nanti.



1. Kebijaksanaan.

Tidak perlu disangkal lagi bahawa kebijaksanaan adalah perkara penting yang perlu dicari dalam diri seorang lelaki. Kebijaksanaan di sini tidak bermaksud lelaki itu perlu memiliki ijazah atau apa-apa taraf pendidikan yang lebih tinggi, tetapi kebijaksanaan ini lebih memfokuskan tentang bijaknya lelaki itu menguruskan pelbagai hal, termasuk hati seorang wanita.

2. Penghormatan.

Sebagai wanita, anda perlu mencari sifat hormat lelaki terhadap anda. Ini kerana, apabila seorang lelaki itu menunjukkan penghormatannya kepada anda, bermaksud dia bakal menghormati maruah anda serta memahami apa yang tidak disukai wanita berkenaan maruah diri.

3. Perhatian.

Lelaki yang sering memberi perhatian adalah lelaki idaman para wanita. Perhatian bukan sahaja dari segi bertanyakan khabar, sihat ke, dah makan ke, tetapi ia lebih bersifat meluas dan terbuka. Adakala wanita bukan mahukan perhatian yang kelihatan terlampau, tetapi perhatian yang dimaksudkan adalah tidak mengabaikannya dalam apa jua situasi. Banyak kes perpisahan berlaku akibat kurang perhatian daripada pasangan yang menyebabkan wanita mencari perhatian dari orang lain.

4. Berfikiran terbuka.

Sebagai lelaki, berfikiran terbuka adalah amat penting bagi mengukuhkan hubungan yang terbina. Setiap kemusykilan atau kekhuatiran perlu ditanyakan terlebih dahulu sebelum bertindak melulu. Cemburu buta juga biasanya disebabkan oleh tiada sifat terbuka dalam diri lelaki.

5. Tanggungjawab kewangan.

Ini juga merupakan satu hal yang perlu dilihat. Pada masa ini, semua perkara melibatkan duit, jadi perkara ini juga perlu diberi perhatian. Sebagai contoh jika anda keluar makan bersamanya. Lihat siapa yang akan membayar makanan tersebut sama ada anda atau si dia.

Ini hanya beberapa perkara sahaja yang anda boleh lihat. Tetapi sebenarnya banyak lagi perkara yang anda boleh lihat untuk mengetahui adakah calon pilihan anda itu akan bertanggungjawab kepada anda pada masa hadapan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 447,010 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen